Durakovic Giat Persiap The Bos Gaurus Menjelang Aksi Bertemu Johor Darul Ta’zim

SKUAD The Bos Gaurus sudah memulakan latihan sebagai persediaan hadapi saingan Piala Sumbangsih menentang penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin pada 2 Februari depan.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, latihan intensif giat diadakan penyandang juara Piala Malaysia berkenaan walaupun terdapat pemain yang masih bercuti.

“Kita sedang mempersiapkan pasukan untuk saingan Piala Sumbangsih berdepan JDT di Larkin. Setakat ini sesi latihan pasukan sudah pun bermula dengan kehadiran beberapa pemain termasuk pemain import musim lalu.

“Persiapan kita sudah pun mulakan latihan tapi masih ada pemain yang bercuti,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Farah Nadiah Mohammad Khalim di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC), hari ini.

Mengenai kemungkinan skuad The Bos Gaurus itu hanya akan menggunakan empat pemain import musim depan, Durakovic menyifatkan perkara berkenaan tidak akan menjejaskan persiapan keseluruhan pasukan.

Pilihan Penulis

Shahrel Fikri Tangguh Hasrat Sertai Perak

Perak Hanya Letakkan Syarat Biasa Buat Shahrel Fikri

Zac Anderson Perkuat Pasukan Perak TBG Musim 2019

Hafizul Lupakan Hasrat Beraksi Di Thailand

“Lebih ramai pemain terutamanya pemain tempatan berpeluang untuk beraksi bersama pasukan. Sama ada kita gunakan empat atau tiga pemain import kita mahu beri peluang kepada semua pemain untuk beraksi.

“Setakat ini kita dah miliki Zac Anderson (bekas pertahanan PKNS FC, Kedah) dan mengenai kemasukan pemain PKNP FC, Shahrel Fikri kita kena tunggu keputusan pihak pengurusan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam