Shahrel Fikri Tangguh Hasrat Sertai Perak
Susulan penampilan cemerlang bersama PKNP FC sehingga dipinjamkan ke kelab Thailand, Nakhon Ratchasima FC, musim lalu, timbul desas-desus Perak akan mendapatkan khidmat penyerang berusia 24 tahun itu.
"Ada syarat tertentu yang dikenakan terhadap saya jika menyertai Perak.
"Justeru saya rasa perlu ada rundingan semula untuk melerai kekusutan yang berlaku, " katanya yang berharap dapat berjumpa pengurus Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, selepas kembali daripada berbulan madu di Langkawi.
Kapten PKNP yang lebih dikenali sebagai Eki itu berkata dia mahu membuat keputusan terbaik bagi menjamin kecemerlangan kerjayanya.
Dalam masa sama, pemain yang mempunyai kontrak sehingga 2020 dengan PKNP mengakui masih sayangkan majikan yang telah banyak berjasa kepadanya.
"Saya banyak terhutang budi kepada PKNP kerana menjadikan saya seperti sekarang.
"Jadi, jika boleh, saya mahu membalas jasa mereka terlebih dahulu selepas hanya berkhidmat selama lima bulan bagi tahun ini kerana menyertai Nakhon Ratchasima secara pinjaman."
"Mungkin saya boleh menyertai Perak semasa jendela perpindahan kedua nanti," tambah Shahrel.
Pilihan Penulis
■ Akhyar Rashid Rasmi Sarung Jersi Harimau Selatan■ Gaji Tak Munasabah Punca Banyak Pasukan ‘Bungkus’
■ Bekas Penjaga Gol PKNP Sertai Bangkok FC
■ Zac Anderson Perkuat Pasukan Perak TBG Musim 2019
Selain dirinya, seorang lagi pemain Kelab Konglomerat itu yang diburu Perak ialah Muhammad Hafiz Ramdan.
Bagaimanapun, Adly menjelaskan Hafiz yang masih mengalami kecederaan mungkin menyertai Perak ketika jendela perpindahan kedua nanti.
Comments
Post a Comment