Zac Anderson Perkuat Pasukan Perak TBG Musim 2019

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) telah mengumumkan bahaa mereka telah berjaya mengikat Zac Anderson dengan kontrak setahun.

Pemain yang berusia 27 tahun itu beraksi dengan pasukan PKNS FC musim ini dan tahun depan merupakan musim yang ketiga beliau dalam saingan Liga Malaysia.

Datuk Adly Shah Ahmad Tah berkata kemasukan bekas pemain pertahanan skuad bawah 23 tahun Australia itu bagi menguatkan pertahanan skuad kendalian Mehmet Durakovic yang dilihat agak goyah.

Beliau menyifatkan kehadiran Zac Anderson itu sebagai pilihan tepat untuk bagi memperbaiki beberapa kelemahan yang sudah dikenalpasti selepas mengharungi saingan musim lalu.

Pilihan Penulis

Status Lee Tuck Akan Ditentukan Januari Nanti

Kelantan Dapat Khidmat Pemain Jepun

Selangor Tawar Kontrak Yang Sukar Untuk Saya Tolak

Terengganu FC Jalani Perlawanan Pra-Musim Di Vietnam Januari Depan

“Pemain ini diikat mengikut keperluan pasukan bagi mengharungi musim ini. Zac memiliki pengalaman beraksi di sini dan dia turut memiliki kualiti kepimpinan di tengah padang selain kelebihan fizikal yang akan membantu pasukan.

“Saya dengan Ketua Jurulatih, Mehmed Durakovic sudah sepakat dengan Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu keperluan kita kuatkan pertahanan dan beliau bersetuju untuk ambik Zac,” katanya dalam satu kenyataan media.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam