Firmino Terima Bonus Selepas Meledak Hatrik Menentang Arsenal
Menurut Mirror UK, berdasarkan laporan pendedahan bola sepak, The Dirty Business of Football, Firmino menerima gaji pokok, £68,085 seminggu.
Ini bermakna hat-trick pada perlawanan hari Sabtu (waktu United Kingdom) menghasilkan bonus sebanyak £135,000 di atas gaji pokoknya.
Firmino kini sudah menjaringkan tujuh gol dan empat ‘assists’ dalam 20 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan 59 gol secara keseluruhan untuk Liverpool sejak menyertai kelab itu dari Hoffenheim pada 2015/2016.
Dalam perlawanan menentang Arsenal, penyerang dari Brazil itu memanfaatkan dua kesilapan pertahanan The Gunners untuk menjaringkan dua gol pertama pasukannya, selepas ketinggalan seawal minit ke-11 hasil jaringan Ainsley Maitland-Niles.
Sadio Mane kemudian menjaringkan gol ketiga Liverpool hasil umpanan Mohamed Salah sebelum Salah sendiri menjaringkan gol keempat menerusi sepakan penalti dalam masa kecederaan babak pertama.
Liverpool mendapat satu lagi sepakan penalti dalam babak kedua selepas pertahanan Arsenal, Sead Kolasinac menolak Dejan Lovren dalam kotak penalti.
Firmino melengkapkan hat-trick dengan menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-65 menerusi penalti tersebut.
Pilihan Penulis
■ Jaringan Tunggal Kante Melegakan Chelsea■ Man City Kembali Mengejar Pendahulu Liga, Liverpool
■ Kami Tidak Sabar Jumpa City - Robertson
■ Perpindahan Christian Pulisic Ke Pasukan Liga Perdana ‘Bocor’
Walaupun Arsenal menguasai 52% permainan dan beraksi dengan lebih baik dalam babak kedua, Liverpool berjaya bertahan dan kerap kali melancarkan serangan bahaya ke arah gawang the Gunners.
Liverpool akan bertandang ke Stadium Etihad untuk bertemu juara bertahan, Manchester City pada Jumaat, 4 Januari pukul 4 pagi waktu Malaysia.
Comments
Post a Comment