JDT Pantau Isael Barbosa, Tapi....

ISAEL Barbosa, pemain Brazil yang dikhabarkan bakal mengisi kuota import pasukan Johor Darul Ta’zim mulai musim hadapan, tidak akan menyertai pasukan tersebut.

Perkara ini telah disahkan oleh pengurus dan ketua jurulatih pasukan Johor, Luciano Figueroa, menerusi satu pengumuman yang dimuat naik ke laman media sosial rasmi pasukan tersebut.

Dalam pengumuman tersebut, Luciano memaklumkan yang pasukan Johor pernah meninjau Isael Barbosa sebelum ini, namun pasukan tersebut tidak meneruskan dengan membuat tawaran rasmi kepada Isael Barbosa, malah turut memaklumkan yang mereka tidak akan menandatangani pemain tersebut pada musim ini.

Tambah Luciano juga, mereka sudah mempunyai pemain lain yang lebih sesuai dengan pasukan tersebut dan suasana bola sepak di Asia. Memetik kenyataan beliau, “Kami berada dalam perbincangan terakhir dan sedang menunggu untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum kami dapat mengumumkan pemain tersebut.”

Pilihan Penulis

Aarón Ñíguez Tekad Bantu JDT Memenangi Sebanyak Mungkin Piala

Ini Antara Penyerang Yang Dijangka Menjadi Penjaring Terbanyak Liga Super 2019

Kritik Pengadil Saya, Saya Akan Perbaiki Mutu Pengadilan - Md Dali

Yusri Che Lah Dedah Isu Perpindahan RM1.00

Menutup pengumuman sebentar tadi, Luciano menegaskan yang semua khabar angin mengenai Isael Barbosa dan pasukan Johor adalah tidak benar sama sekali, termasuklah berkenaan profail pemain tersebut di laman sesawang Transfermarkt yang tular sejak akhir-akhir ini.

Nampaknya para penyokong pasukan Johor perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum mereka dapat mengetahui identiti pemain yang akan mengisi kuota import terakhir pasukan mereka secara rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam