Kad Merah ‘Misteri’ Ancam Penggantungan Sumareh Empat Perlawanan
Sumareh dilayangkan kad merah oleh pengadil Iran, Alireza Faghani sejurus sebelum wisel penamat dibunyikan pada final kedua Piala AFF di Stadium MyDinh, Hanoi, 15 Disember lalu.
Menurut sumber, jika insiden itu benar-benar berlaku, penyerang Pahang kelahiran Gambia itu bukan saja digantung perlawanan, malah dia juga bakal dikenakan denda yang bukan sedikit.
“Tindakan mungkin diambil terhadap Sumareh kerana kad merah itu. FAM akan membuat rayuan namun Sumareh mungkin tetap didenda dan digantung empat perlawanan,” katanya.
“Apapun, kesalahan Sumareh itu besar dan sudah tentu mengundang hukuman berat,” kata sumber berkenaan.
Apa yang disaksikan penyokong yang hadir di Hanoi ketika Malaysia tewas dengan agregat 2-3 itu ialah hanya seorang pemain negara, Shahrul Saad diperintahkan keluar padang pada masa kecederaan susulan kad kuning kedua.
Jika apa yang didakwa AFF itu benar, ia bakal menyaksikan pengulangan drama apabila penjaga gol negara, Farizal Marlias dikenakan penggantungan setahun daripada semua pertandingan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tahun lalu.
Bukan sekadar penggantungan, malah tindakan agresif Farizal itu menyebabkan dia turut didenda AS$40,000 (RM166,000).
Selain Alireza, pengadil aksi final AFF itu turut membabitkan Reza Sokhandan dan Mohammad Reza Mansouri dari Iran serta Foo Chuan Hui (Singapura).
Pilihan Penulis
■ Shukor Adan Tak Kisah Siapa Pun Kapten Melaka United■ Keputusan Perlawanan Liga Perdana Inggeris
■ Selangor Intai Pertahanan Berdarah Campuran Vietnam - Republik Czech
■ Pemain Import Terakhir Terengganu FC Dari Uzbekistan Bakal Tiba Januari Ini
Penggantungan itu mungkin menyaksikan Sumareh bakal terlepas aksi Pestabola Merdeka pada Mac selepas skuad senior sah menggantikan skuad Bawah 23 tahun negara (B-23) yang akan mengharungi AFF B23 di Kemboja dan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.
Comments
Post a Comment