Pemain Import Terakhir Terengganu FC Dari Uzbekistan Bakal Tiba Januari Ini

TERENGGANU FC bakal melengkapkan kuota lima pemain importnya dengan pengenalan seorang lagi pemain Januari ini dalam misi memperkuatkan pasukan itu menghadapi musim baharu 2019.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim bagaimana pun berkata identiti pemain berasal dari Uzbekistan itu hanya akan didedahkan sebaik beliau tiba di Terengganu 4 Januari ini.

Katanya, pemain berkenaan mengisi kuota pemain berasal dari Korea Selatan, Do Dong Hyun yang tidak disambung kontraknya musim depan.

“Kita dah ikat perjanjian dengan pemain ini di mana beliau akan bergandingan dengan Lee Tuck di bahagian tengah.

“Identiti masih dirahsiakan sehingga kini kerana kita hormat permintaan beliau sebab masih terikat kontrak bersama kelab yang beliau sertai sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Pilihan Penulis

Akhyar Rashid Rasmi Sarung Jersi Harimau Selatan

JDT Meletakkan RM12 Juta Untuk Klausa Pelepasan Akhyar Rashid

Shahrel Fikri Tangguh Hasrat Sertai Perak

Bekas Penjaga Gol PKNP Sertai Bangkok FC

Sebelum ini skuad Penyu mengekalkan tonggak import musim ini iaitu Lee Tuck, Kipre Tchetche, Igor Zonjic dan Thierry Chantha Bin.

Sementara itu, Hishamuddin berkata satu lagi kuota pemain import bakal dikosongkan apabila Lee Tuck, pemain berasal dari England hampir pasti menjadi pemain naturalisasi pasukan itu.

Bagaimanapun katanya sebarang perkembangan lanjut mengenai kedudukan Lee Tuck itu bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam