Pahang Ke Thailand Menjelang Sepak Mula Liga Super 2019

THAILAND menjadi destinasi pasukan Pahang untuk menilai prestasi pemain sebagai persediaan mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab Thailand, bulan depan.

Dollah berkata, kunjungan ke negara jiran itu diyakini dapat meningkatkan kualiti pasukan sebaik tirai Liga M bermula Februari depan.

"Saya harap semua pemain dapat memberi sepenuh komitmen kerana persefahaman dan tahap kecergasan menjadi keutamaan untuk memastikan Pahang berada pada tahap terbaik musim depan," katanya.

Difahamkan, kunjungan Tok Gajah ke Thailand bukan saja untuk menilai prestasi pemain, malah menguji pemain import untuk diserapkan ke dalam skuad itu.

Pilihan Penulis

Selangor Ke Thailand Bagi Latihan Pra-Musim

Aarón Ñíguez Tekad Bantu JDT Memenangi Sebanyak Mungkin Piala

Ini Nasihat Bekas Pemain FC Ryukyu, Nazirul Naim Untuk Hadi Fayyadh

Perlis Bukan Pasukan Yang Longgok 'Kuda Tua'

Ini kerana Pahang menamatkan khidmat tiga pemain import musim ini iaitu Patrick Cruz, Austin Amutu dan Issey Nakajima.

Setakat ini, Pahang mengesahkan penyerang Jamaica, Errol Stevens dan bekas pemain Melaka United, Lee Chang Hoon dari Korea Selatan sedang menjalani sesi ujian pemilihan.

Baru-baru ini, Pahang mengadakan dua aksi persahabatan yang menyaksikan skuad itu merekodkan kemenangan ke atas UiTM FC 3-1 dan Selangor United 2-0.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam