Salah Tak Salah - Persatuan Bolasepak Inggeris
Salah didapati rebah dengan mudah bagi mendapatkan penalti selepas bahunya disentuh pertahanan Newcastle, Paul Dummett dan bos Magpies Rafael Benitez melabel penalti itu sebagai kesilapan.
Benitez berkata: “Penalti yang ‘lembut’ dalam perlawanan menjadi perbezaan, kami ketika itu ketinggalan 0-1 selepas babak pertama, tetapi apabila kami melepaskan gol kedua, ia menjadi lebih sukar untuk kami menentang pasukan yang baik.
“Gol kedua itu adalah penting, ia memberikan mereka lebih keyakinan dan memberikan kami lebih kesukaran, kamu perlu mengambil lebih banyak risiko, menjadi lebih terbuka dan kemudian melakukan kesilapan dan perlu membayarnya.”
Salah sebelum ini berisiko untuk dikenakan penggantungan dua perlawanan atas tuduhan sengaja merebahkan badan tetapi dia kini bebas untuk diturunkan bagi aksi penting menentang Gunners, awal pagi Ahad ini selain penyandang juara, City.
Bekas pengadil Liga Perdana, Mark Halsey berkata kepada akhbar England Mo Salah harus dikenakan penggantungan dua perlawanan jika simulasi yang dibuatnya adalah konsisten dengan badan induk itu perlu bertindak kerana ia sering berlaku terhadap liga berkenaan.
Pilihan Penulis
■ Liverpool Sedia Menjual Dua Penyerang Bagi Mendapatkan Penyerang Prolifik Timo Werner■ Klopp Minta Semua Bertenang, Kelebihan Enam Mata Tidak Ada Makna
■ Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris Tentukan Nasib Salah Hari Ini
■ Ferguson Kembali Ke Old Trafford
Salah sudah mengumpul 12 gol musim ini dan ketinggalan satu jaringan di belakang penjaring terbanyak, Pierre-Emerick Aubameyang.
Comments
Post a Comment