Selangor Buru Pemain Felcra FC Dos Santos

SELANGOR yang bakal tampil berwajah baru terus mengorak langkah dan mereka jelas mahu menjadikan 2019 sebagai musim kebangkitan dalam saingan Liga Malaysia.

Setelah berjaya menandatangani ramai pemain tempatan berkualiti antaranya Wan Zack Haikal Wan Noor, Faiz Nasir, Syazwan Zainon dan Halim Shaari, skuad Red Giants itu mengalihkan pula fokus kepada mengisi kekosongan slot pemain import dan dijangka mendapatkan khidmat bekas perancang Felcra FC, Endrick Dos Santos Parafita.

Pemain kelahiran Brazil berusia 23 tahun itu antara tonggak utama membantu Felcra FC muncul naib juara Liga Premier musim ini dan layak ke Liga Super musim depan.

Namun dengan pasukan itu sudah membuat keputusan menarik diri daripada saingan kerana masalah kewangan, ramai pemain pasukan itu menjadi buruan sama ada pasukan Liga Super mahupun Liga Premier dan Dos Santos antara yang ‘laris di pasaran’.

Sathiananthan sendiri mengakui jika Red Giants berjaya mendapatkan pemain itu yang ketika ini dalam perbincangan dengan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor, ia akan menjadikan sentuhan barisan depannya serba lengkap.

“Bila sebut import, dia perlulah jauh lebih baik daripada pemain tempatan, tidak boleh tangkap muat. Jadi daripada penilaian saya, Dos Santos ada ciri-ciri tersebut. Dia cukup bagus dan berkualiti tetapi kita tetap tidak boleh terburu-buru, akan menguji dia dan kemudian baru tandatanganinya,” ujar Sathiananthan.

Ketika ini, Red Giants mempunyai empat kekosongan bagi kuota pemain import termasuk slot ASEAN setelah membuat keputusan mengekalkan hanya seorang import iaitu penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia manakala empat pemain lain William Pacheco, Alfonso De Cruz, Ilham Udin Armayn dan Evan Dimas kesemuanya tidak dilanjutkan kontrak.

Sathiananthan bagaimanapun telah memberitahu sebelum ini bahawa Red Giants berkemungkinan besar tidak akan mendapatkan pemain untuk mengisi slot ASEAN justeru memberi bayangan mereka hanya akan membariskan empat import.

Pilihan Penulis

Keputusan Mesyuarat FAM Terhadap Isu Status Akhyar Rashid

Penyokong Kelantan Juga Sertai Piya Ke Perlis

Zac Anderson Perkuat Pasukan Perak TBG Musim 2019

Selangor Ke Thailand Bagi Latihan Pra-Musim

Selangor yang menamatkan musim 2018 di tangga kelapan Liga Super dan muncul naib juara Piala FA dijadual terbang ke Bangkok pada Januari depan untuk jelajah pra-musim mereka dan mengadakan tiga perlawanan persahabatan di sana.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam