Status Lee Tuck Akan Ditentukan Januari Nanti
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, kesediaan tonggak tengah Terengganu FC (TFC) itu untuk memperkuatkan pasukan amat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kehadiran Tuck mampu memantapkan lagi skuad negara.
“Status Lee berbeza dengan Mohamadou Sumareh (pemain naturalisasi pertama negara). Lee ada pertalian darah dengan Malaysia jadi kalau ikutkan prosesnya lebih mudah.
Ia hanya terpulang kepada Lee saja sama ada nak main atau tidak. Tapi dengan kenyataannya di media baru-baru ini, jelas dia amat berminat nak bermain dengan pasukan kebangsaan.
“Jadi kami akan bincangkan hal itu pada mesyuarat akan datang. Apa pun kami kena tunggu mesyuarat itu dulu dan mengambil pandangan semua pihak sebelum memanggilnya,” katanya kepada wartawan, hari ini.
Pilihan Penulis
■ Piya Mahu Naikkan Kembali Maruah Bola Sepak Perlis■ Anak Bekas Penjaga Gol Lagenda Kebangsaan Cabar Apek
■ Kontrak Liridon Tidak Akan Di Sambung Adalah Muktamad
■ Akhyar Sudah Ada Keputusan Mengenai Hala Tujunya Bagi Tahun 2019
Lee Tuck, 30, sebelum ini mengakui bersedia untuk beraksi dengan Harimau Malaya dan berharap FAM akan menyenaraikan namanya dalam tugasan antarabangsa selepas ini.
Pemain yang mula menyarung jersi Negeri Sembilan musim lalu sebelum menyertai skuad TFC musim ini bukan hanya bijak mengemudi jentera tengah tetapi juga berupaya meledak gol.
“Kalau tanya pandangan saya, dia ada potensi cukup besar untuk membantu pasukan negara. Malah, memang menjadi agenda FAM untuk memantapkan skuad negara dan jika kehadirannya mampu memperkukuhkan kekuatan pasukan, apa salahnya,” kata Yusoff.
Comments
Post a Comment