'Titanic-Clash' Jika Gagal Tewaskan Liverpool, Lupakan Trofi Liga
Pertemuan kedua-dua kelab dianggap seperti 'titanic clash' di Stadium Etihad.
Biarpun baharu sahaja mencatat kemenangan ke atas Southampton pada Ahad, Guardiola menyedari bahawa mereka boleh lagi jatuhkan mata selepas dua kekalahan mengejut sebelum ini.
"Jika mata kami jatuh lagi, ia akan berakhir. Dan sudah tentu mereka juga akan jatuh mata (jika tewas), tetapi tidak banyak.
"Saya sedar jurang perbezaan sangat besar, lebih-lebih lagi mereka kini sangat konsisten dan kuat. Tetapi kami bermain di tempat sendiri, dan berharap orang-orang di Etihad dapat membantu kami, beri sokongan.
Pilihan Penulis
■ Van Dijk Laung Amaran, Menyifatkan Trio Liverpool Menggerunkan■ United Sudah Kembali Ke Landasan Yang betul - Pogba
■ Firmino Terima Bonus Selepas Meledak Hatrik Menentang Arsenal
■ Man City Kembali Mengejar Pendahulu Liga, Liverpool
"Dan ia bukan sekadar perlawana, tetapi pemain memang layak (menang). Apa yang mereka telah lakukan dalam tempoh 14 atau 15 bulan ini, bagaimana mereka mempertahankan kelab...ia sangat menakjubkan dan besar ,"ujar Guardiola.
City kini berada di kedudukan kedua dengan 47 mata, kekurangan tujuh mata daripada Liverpool yang menguasai kedudukan liga setakat ini.
Comments
Post a Comment