AirAsia Suntik Modal Jutaan Ringgit Untuk MIFA?
Presiden MIFA, Datuk T Mohan dilihat mahu merahsiakan entiti swasta yang akan bekerjasama dengan mereka namun mengesahkan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bakal menjadi gelanggang rasmi mereka.
"Kami akan membuat pengumuman mengenai beberapa penaja kerana sebelum ini dana diperoleh daripada Kongres India Malaysia (MIC), namun selepas pertukaran kerajaan, kami tidak lagi boleh berbuat demikian.
"Apa yang boleh saya katakan adalah penaja baru ini sememangnya bersemangat mengenai bola sepak dan Stadium MBPJ akan menjadi gelanggang baru kami," katanya.
Bagaimanapun, spekulasi hangat menyatakan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sebagai pelabur baru MIFA susulan syarikat penerbangan tambang rendah itu sudah memberikan penajaan RM4 juta untuk tempoh lima tahun bagi tujuan penjenamaan dan penambahbaikan Stadium MBPJ pada 2017.
Pilihan Penulis
■ Kenapa Pilih MIFA, TFCII Dan Perlis? Ini Penjelasan MFL…■ Lotto Jalin Kerjasama Bersama Kedah FA Dua Tahun
■ Selangor Buru Pemain Felcra FC Dos Santos
■ Penyokong Kelantan Juga Sertai Piya Ke Perlis
Dalam perkembangan lain, Mohan menyatakan pasukan itu mahu menjulang sekurang-kurangnya satu trofi pada musim depan.
"Berdasarkan tajaan yang akan masuk, kami mahu mengikat pemain yang lebih baik dan dengan pengalaman K Devan sebagai jurulatih, kami optimis untuk merangkul sekurang-kurangnya satu trofi.
"Devan akan memuktamadkan pemain sebelum kami melancarkan pasukan secara rasmi. Saya yakin dia akan memilih pemain yang terbaik kerana kita memerlukan pasukan yang lebih mantap untuk bersaing dalam Liga Super," katanya.
Comments
Post a Comment