Lotto Jalin Kerjasama Bersama Kedah FA Dua Tahun

PERSATUAN Bolasepak Kedah (Kedah FA) telah mengumumkan perjanjian kerjasama kit pakaian bersama Lotto Sport sehingga musim 2020. Pengumuman tersebut telah dibuat menerusi platform media sosial mereka, tengahari tadi.

Perjanjian antara Kedah FA dan Lotto Sport ini akan mengambil tempoh selama 2 tahun, yang mana Lotto akan membekalkan kit pakaian kepada pasukan Kedah untuk saingan Liga Super Malaysia dan untuk kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah.

Kedah FA juga turut memaklumkan yang Al-Ikhsan Sports akan meneruskan kerjasama bersama mereka untuk 2 tahun lagi, namun sebagai pemegang lesen untuk jenama Lotto Sports, pasukan Kedah akan menggunakan jenama Lotto sebagai pembekal kit pakaian mereka.

Pilihan Penulis

Jepun, Perancis Pun Ada Pemain Naturalisasi, Kenapa Tidak Kita?

KFA Tidak Puas Hati, Akan Bawa Kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

Selangor Buru Pemain Felcra FC Dos Santos

Keputusan Mesyuarat FAM Terhadap Isu Status Akhyar Rashid

Untuk rekod, Lotto Sports pernah membekalkan kit pakaian kepada pasukan Kedah sebanyak 2 kali iaitu pada musim 2004 dan 2005 sebelum kembali pada musim 2011 dan 2012. Ini merupakan kali ketiga pasukan Kedah akan dibekalkan kit pakaian jenama Lotto.

Pada musim lalu, jenama Lotto Sports ini telah menjadi pilihan pasukan Selangor dan pasukan Kelantan. Para penyokong pasukan Kedah yang sudah tidak sabar menantikan corak yang akan ditampilkan oleh Lotto Sports, boleh melihat corak jersi pasukan-pasukan luar negara yang turut menggunakan jenama Lotto pada musim ini seperti Hoffenheim, Mainz dan Genoa, sementara Semen Padang merupakan pasukan daripada Asia Tenggara yang turut menggunakan jenama Lotto.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam