Ong Kim Swee Cari Pengganti Irfan Zakaria Dan Adam Nor Azlin

TAHUN 2019 bakal menjadi tahun yang sibuk buat ketua jurulatih Malaysia bawah 23 tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee.

Manakan tidaknya, beliau bakal mengemudi skuad Harimau Muda untuk mengharungi 3 kejohanan utama untuk peringkat bawah umur iaitu, Kejuaraan AFF B-23 (AFF U-23 Championship), Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 (AFC U-23 Qualification) dan Sukan SEA 2019 di Filipina.

Dan satu perkara yang menjadi tumpuan beliau ketika ini adalah mencari pengganti dua pertahanan Harimau Muda iaitu Irfan Zakaria dan Adam Nor Azlin selain daripada memasang strategi untuk mencapai sasaran setiap kejohanan.

“Sudah tentu ada banyak aspek yang perlu ditambah baik, namun apa yang menjadi keutamaan adalah barisan pertahanan kerana kita kehilangan Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria kerana faktor usia dan hanya tinggal Dominic Tan.”

Untuk makluman, Irfan Zakaria dilahirkan pada 4 Jun 1995 manakala Adam Nor Azlin pula pada 5 Januari 1996.

“Berdasarkan penamat tempat ketiga pada Piala Newspaper, saya tidak berpuas hati tetapi ada ruang untuk penambahbaikan dan jika kelemahan ini dapat diperbaiki, kita dapat mencapai sasaran.” katanya menerusi Berita Harian.

Bercakap soal pengganti kepada duo pertahanan ini, ada beberapa kriteria-kriteria yang dimahukan oleh Ong Kim Swee untuk membolehkan seseorang itu dipilih untuk membarisi pertahanan skuad Harimau Muda.

Dan pada aksi Piala Newspaper di Vietnam lalu, beliau telah mengenalpasti sekurang-kurangnya tiga pemain yang berpontensi untuk dibawa bagi mengharungi 3 kejohanan utama pada tahun 2019.

Walaubagaimanapun, bekas pengendali skuad kebangsaan ini khuatir akan keserasian pemain-pemain baharu yang akan dibawa untuk bergandingan dengan pertahanan sedia ada, Dominic Tan.

Ini kerana, keserasian dan persefahaman yang mantap hanya boleh dipupuk setelah mengharungi banyak perlawanan secara bersama sepertimana Irfan dan Dominic sebelum ini.

“Kita memerlukan pertahanan dan perlu bermain banyak kombinasi kerana sistem yang kami gunakan, saya mahu pertahanan yang bukan sahaja boleh bertahan tetapi mampu membuat hantaran dan menggerakkan bola dengan baik kepada pemain tengah dan penyerang.

Pilihan Penulis

Selangor Ke Thailand Bagi Latihan Pra-Musim

FAM Kekalkan Tan Cheng Hoe Kerana Falsafahnya

Aarón Ñíguez Tekad Bantu JDT Memenangi Sebanyak Mungkin Piala

Akhyar Sudah Ada Keputusan Mengenai Hala Tujunya Bagi Tahun 2019

“Pada aksi Piala Newspaper, saya mengenalpasti beberapa pemain seperti Mohamad Hariz Kamarudin (JDT II), Ariff Ar Rasyid Ariffin (PKNS FC) dan Evan Wensley Wenceslaus (Sabah), namun mereka memerlukan lebih banyak permainan untuk membentuk kombinasi mantap.

“Sebelum ini, kita ada Dominic dan Irfan yang bergandingan dengan baik dalam banyak perlawanan kerana dari situlah mereka mencipta persefahaman.” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam