Duduk Berbincang, Tak Perlu Babitkan CAS
Sebaliknya, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan ia boleh diselesaikan secara dalaman dengan lebih baik menerusi pertemuan 'empat mata' antara badan induk itu dan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).
"Tidak perlu untuk memperbesarkan isu ini kerana selaku badan induk, kami bersedia untuk mencari jalan terbaik bagi menangani apa jua masalah yang membabitkan ahli gabungan,"
Terdahulu, KFA mengancam untuk mengheret FAM ke CAS selepas tidak berpuas hati dengan keputusan badan induk itu menolak rayuan berhubung jumlah pampasan pemain mudanya, Akhyar Rashid.
Setiausaha Kehormatnya, Mohd Asmirul Anuar Aris menyifatkan keputusan FAM itu jelas tidak adil dan pihaknya akan mengemukakan aduan kepada CAS untuk menuntut keadilan.
Pilihan Penulis
■ Kenapa Pilih MIFA, TFCII Dan Perlis? Ini Penjelasan MFL…■ KFA Tidak Puas Hati, Akan Bawa Kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan
■ Akhyar Rashid Diarah Lapor Diri
■ Kontrak Liridon Tidak Akan Di Sambung Adalah Muktamad
FAM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam menolak rayuan KFA untuk mendapatkan pampasan lebih tinggi daripada mana-mana pasukan yang mahukan khidmat Akhyar.
Malah, Jawatankuasa Rayuan badan induk itu yang bersidang kelmarin dan dipengerusikan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff memutuskan jumlah pampasan RM75,000 yang ditetapkan Jawatankuasa Rayuan awal bulan ini, kekal.
Comments
Post a Comment