KFA Tidak Puas Hati, Akan Bawa Kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan
Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris mahu membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dengan mengemukakan aduan untuk menuntut keadilan selepas menerima keputusan FAM yang disifatkan tidak adil untuk mereka.
FAM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menolak rayuan KFA untuk mendapatkan pampasan lebih tinggi daripada mana-mana pasukan yang mahukan khidmat Akhyar.
Jawatankuasa Rayuan badan induk itu yang bersidang semalam dan dipengerusikan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff memutuskan jumlah pampasan RM75,000 yang ditetapkan Jawatankuasa Rayuan awal bulan ini, kekal.
Pilihan Penulis
■ Selangor Buru Pemain Felcra FC Dos Santos■ Keputusan Mesyuarat FAM Terhadap Isu Status Akhyar Rashid
■ Penyokong Kelantan Juga Sertai Piya Ke Perlis
■ Akhyar Rashid Diarah Lapor Diri
“Jumlah RM210,000 itu adalah berdasarkan jumlah gaji Akhyar yang didarabkan dengan jumlah baki kontraknya bersama KFA, iaitu mengikut Artikel 15A: Penamatan kontrak secara sebelah pihak atau tebus kontrak oleh pasukan atau pemain.
“Jumlah RM75,000 pula adalah dibuat berdasarkan kos latihan, kategori kelab yang telah ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), iaitu mengikut Artikel 8: Pengiraan Pampasan Latihan Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM,” menurut kenyataan FAM itu.
Comments
Post a Comment