Evan Dimas Tinggalkan Selangor, Kembali Ke Liga 1 Indonesia

SELEPAS ramai pemain Indonesia berkelana ke Malaysia pada musim lalu, nampaknya musim depan mungkin hanya akan tinggal seorang sahaja.

Terbaru, pemain tengah Indonesia, Evan Dimas telah diumumkan kembali ke Liga 1 Indonesia dengan pemain tersebut menyertai Barito Putera yang menduduki tangga kesembilan Liga 1 Indonesia musim lalu. Sebelum ini bekas pemain Selangor itu kuat dikaitkan dengan kelab tersebut selain ura-ura yang turut mengaitkan kelab tersebut dengan pasukan Liga Thailand.

Evan Dimas yang menyertai Selangor pada musim lalu bersama rakan senegaranya, Ilham Udin, gagal memberikan impak kepada Selangor biarpun berjaya membantu Bhayangkara FC menjulang kejuaraan Liga 1 Indonesia pada 2017. Selangor sebelum ini dikatakan sudah berbincang dengan Evan Dimas, tetapi perkembangan terbaru ini mungkin menunjukkan Selangor akan mencari pemain import Asia Tenggara baru. Evan bakal bertemu rakannya Ilham di Indonesia selepas pemain itu sudah sah menyertai kelab lama mereka, Bhayangkara FC.

Pilihan Penulis

Anak Bekas Penjaga Gol Lagenda Kebangsaan Cabar Apek

Kontrak Liridon Tidak Akan Di Sambung Adalah Muktamad

FAM Kekalkan Tan Cheng Hoe Kerana Falsafahnya

Aarón Ñíguez Tekad Bantu JDT Memenangi Sebanyak Mungkin Piala

Selain Evan, turut beraksi di Liga Malaysia pada musim lalu adalah Ilham Udin (Selangor), Ferdinand Sinaga (Kelantan), David Laly (Felcra FC) dan Achmad Jufriyanto (Kuala Lumpur). Setakat ini, hanya Achmad Jufriyanto yang akan terus kekal beraksi di Liga Malaysia pada musim hadapan dan masih tiada ura-ura mana-mana pemain Indonesia lain yang akan menyertai pasukan Liga Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam