Gaji Tak Munasabah Punca Banyak Pasukan ‘Bungkus’

TIMBALAN Presiden FELCRA FC, Datuk Hazian Murad tampil mendedahkan tiadanya kawalan terhadap had gaji pemain menjadi punca beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) ‘bungkus’ termasuk pasukannya sendiri.

Acap kali, ramai berpendapat setiap pasukan haruslah berbelanja mengikut ‘mengukur baju di badan sendiri’, namun dalam usaha memastikan pasukan kekal kompetitif, Hazian akur pasukannya turut menjadi mangsa keghairahan mendapat pemain di luar kemampuan.

“Saya setuju kalau harga siling diperkenalkan kerana melihat kepada suasana bola sepak Malaysia sekarang ini, gaji pemain langsung tidak masuk akal.

“Gaji pemain tempatan perlu realistik untuk mengurangkan bebanan persatuan negeri atau kelab dalam Liga M.

“Ini kerana berdasarkan pengalaman saya bersama FELCRA FC mendapati hampir separuh daripada kos keseluruhan terpaksa diagih kepada pembayaran gaji pemain, selain jurulatih serta pegawai.

“Sedangkan hasil geran tahunan daripada FAM dan penajaan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan gaji pemain,” katanya.

Selain FELCRA FC, Terengganu City muncul kelab terbaru menyertai senarai panjang pasukan yang terpaksa menarik diri daripada Liga M selepas Kuantan FA, DRB Hicom dan Sime Darby FC.

Isu ini sudah lama menjadi ‘barah’ dalam Liga M, namun kerana ghairah dalam mendapatkan pemain ternama kebanyakan pasukan pejam mata dengan harapan pencapaian baik pada akhir musim mampu menutup bebanan kewangan yang menanti mereka.

Malah, situasi itu menyaksikan banyak pasukan kini berdepan masalah tunggakan gaji pemain.

Pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin sependapat penetapan harga siling akan dapat membantu pengaliran wang pasukan lebih berhemah.

“Pertama dengan adanya harga siling ia dapat menjimatkan kos sesebuah pasukan terutamanya membabitkan pembayaran gaji pemain.

“Kedua, pasukan akan dapat lebihan baki kewangan untuk dibawa ke musim depan sebagai persiapan sebelum bermulanya liga baru, malah Kevin Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia) sering menyatakan setiap pasukan harus berhemah dalam berbelanja,” kata Sulaiman.

Pilihan Penulis

Akhyar Rashid Rasmi Sarung Jersi Harimau Selatan

Selepas Kedah, Selangor Dan Pahang, JDT Pula Ke Thailand Untuk Perlawanan Pra-Musim 2019

Kenapa Pilih MIFA, TFCII Dan Perlis? Ini Penjelasan MFL…

Lotto Jalin Kerjasama Bersama Kedah FA Dua Tahun

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam