Selepas Kedah, Selangor Dan Pahang, JDT Pula Ke Thailand Untuk Perlawanan Pra-Musim 2019
Perlawanan pramusim juga menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain. Selain itu, ia menjadi waktu untuk mempersiapkan pasukan mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.
Pilihan Penulis
■ Selangor Ke Thailand Bagi Latihan Pra-Musim■ AirAsia Suntik Modal Jutaan Ringgit Untuk MIFA?
■ Duduk Berbincang, Tak Perlu Babitkan CAS
■ Kenapa Pilih MIFA, TFCII Dan Perlis? Ini Penjelasan MFL…
JDT telah merancang 3 buah perlawanan persahabatan dengan bertemu Ratchaburi Mitrphol FC, Bangkok United FC dan PTT Rayong FC bermula 17hb hingga 23hb Januari. Bangkok United merupakan naib juara Liga Thai 1 dan PTT Rayong FC pula merupakan juara divisyen dua bola sepak Thailand musim 2018.
Setelah mengikat dua pemain import, JDT semestinya menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan anak buah Luciano Figueroa untuk kempen sulung Liga Juara-Juara AFC dan juga misi mempertahankan kejuaraan Liga Super.
Comments
Post a Comment