Jepun, Perancis Pun Ada Pemain Naturalisasi, Kenapa Tidak Kita?
Ketika ada yang mempertikaikan usia dua tonggak berkenaan yang sudah mencecah angka 30 tahun ke atas, bekas pemain kebangsaan Khalid Ali menyifatkan kedua-dua pemain itu masih mampu menyumbang sesuatu kepada pasukan negara.
Katanya, kesanggupan beberapa tonggak import yang bermain di Liga Malaysia (Liga-M) seperti Sumareh yang kini bergelar pemain naturalisasi Malaysia perlu dilihat dari sudut positif terutamanya dalam meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan.
"Kita tengok balik ketika Piala AFF baru-baru ini, Sumareh berjaya memperagakan aksi bertenaga dan sanggup bermati-matian sepanjang kejohanan semata-mata demi lencana di dada.
Pilihan Penulis
■ KFA Tidak Puas Hati, Akan Bawa Kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan■ Selangor Buru Pemain Felcra FC Dos Santos
■ Penyokong Kelantan Juga Sertai Piya Ke Perlis
■ Zac Anderson Perkuat Pasukan Perak TBG Musim 2019
"Sebenarnya tak semua sukakan kaedah naturalisasi ini. Tapi kita kena faham, ia hanya pelan jangka pendek FAM untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak kita.
"Gergasi Asia, Jepun dan pemenang Piala Dunia, Perancis pun gunakan cara ini. Jadi kenapa kita nak malu, sepatutnya kita sama-sama menyokong demi kebaikan pasukan kebangsaan," katanya.
Comments
Post a Comment