Klopp Akui Hampir Menangis Lihat Salah Serah Penalti Kepada Firmino

JURGEN Klopp terharu dengan tindakan Mohamed Salah yang memberi peluang menyempurnakan sepakan penalti kepada rakan sepasukannya.

Klopp mendedahkan bahawa dia begitu tersentuh melihat Salah memberi laluan kepada Roberto Firmino menyempurnakan sepakan penalti kedua sekaligus melengkapkan keputusan 5-1 ke atas Arsenal pada aksi Liga Perdana awal pagi Ahad.

The Reds menang bergaya di Anfield dan mengukuh kedudukan di tangga pertama liga dengan kelebihan sembilan mata daripada Spurs.

Pada perlawanan tersebut The Gunners membuka jaringan menerusi Ainsley Maitland-Niles pada minit ke-11, namun Firmino berjaya menyumbat dua gol pada separuh masa pertama.

Aksi cemerlang anak buah Klopp diteruskan dengan Sadio Mane yang memberi gol ketiga sebelum Salah mengukuhkan kedudukan selesa di hadapan penyokong sendiri itu dengan gol keempat.

Namun kesilapan lawan ke atas Dejan Lovren menyebabkan Liverpool dihadiahkan sepakan penalti dan Firmino berjaya melengkap hatriknya kali ini.

"Salah memberi sepakan penalti kepada Bobby Firmino dan saya hampir menangis.

"Ia sesuatu yang besar kepadanya. Kita semua tahu Salah sentiasa mahu menjaringkan gol dalam apa sahaja situasi dan dia berikan peluang itu kepada rakan sepasukan.

"Krismas sudah berlalu tetapi tidak kepada pemain-pemain dan ia sangat menarik dan semuanya baik-baik," ujar Klopp kepada BBC.

Pilihan Penulis

Klopp Gembira Oxlade-Chamberlain Pulih Awal

Unai Emery Dedahkan Dia Pernah Berhasrat Membawa Salah Ke PSG

Emery Yakin Liverpool Mampu Cipta Rekod 'Invicibles'

Salah Tak Salah - Persatuan Bolasepak Inggeris

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam