Bekas Penjaga Gol PKNP Sertai Bangkok FC

BEKAS penjaga gol pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) yang pernah mencuri tumpuan negara suatu ketika dahulu, Brian See Tan Kiat pada hari ini mengumumkan beliau sudahpun menandatangani perjanjian untuk beraksi bersama pasukan Thai League 3 (T3), Bangkok FC pada musim hadapan.

Brian yang juga merupakan bekas pemain untuk salah sebuah pasukan universiti di Amerika Syarikat, John Hopkins University pada 2017 ditandatangani oleh pihak pengurusan Bangkok United setelah menjalani sesi ujian bersama pasukan tersebut selama beberapa minggu sebelum ini.

“Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan sesi latihan pra musim bersama pasukan baru bermula minggu hadapan.

“Walaupun kami hanya beraksi di divisyen tiga (T3), kualiti permainan yang dipamerkan disini adalah sangat tinggi. Mereka mengutamakan penguasaan bola dan permainan menyerang yang bermula dari bawah yang sangat digemari oleh saya.

“Perkara paling menarik tentang pasukan ini adalah kami juga akan bermain sebagai pasukan tuan rumah di SCG Stadium, yang juga merupakan gelanggang keramat buat pasukan gergasi Thai, SCG Muanthong United yang beraksi di Thai League 1” ujar pemain kelahiran Subang Jaya itu.

Mengulas lanjut mengenai perpindahan tersebut, Brian turut berharap agar beliau dapat memperbaiki dan mempertingkatkan permainannya sebagai seorang pemain profesional di luar negara di samping membantu pasukan barunya mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk layak ke Thai League 2 (T2) pada musim akan datang.

Pilihan Penulis

Jepun, Perancis Pun Ada Pemain Naturalisasi, Kenapa Tidak Kita?

Selangor Buru Pemain Felcra FC Dos Santos

Anak Bekas Penjaga Gol Lagenda Kebangsaan Cabar Apek

Ini Nasihat Bekas Pemain FC Ryukyu, Nazirul Naim Untuk Hadi Fayyadh

Beberapa tahun sebelum ini, kisah Brian yang cemerlang di dalam pendidikan menarik minat ramai pihak apabila beliau meneruskan pengajian di Amerika Syarikat walaupun sudah memulakan karier profesional dalam bola sepak bersama skuad Piala Presiden PKNS (2011-2012) dan Perak (2013).

Ketika menyambung pengajiannya di negara Uncle Sam’s, Brian bagaimanapun tidak meninggalkan sepenuhnya aksi bola sepak apabila beliau turut bermain dengan beberapa pasukan universiti di sana dan membuat hampir 50 penampilan sebelum memutuskan untuk kembali ke tanah air.

Setelah meninggalkan Amerika Syarikat pada penghujung 2017, Brian kembali ke kancah bola sepak Malaysia untuk bergabung dengan bekas jurulatihnya ketika beraksi bersama pasukan skuad Piala Presiden Perak iaitu Abu Bakar Fadzim untuk musim 2018 di PKNP FC.

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam