FAM Siasat Isu Dakwaan 8,000 Penonton Tidak Bertiket Masuk
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan, mereka sedang bekerjasama dengan pihak polis bagi menyelesaikan masalah terbabit.
“Perkara ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak (termasuk FAM dan Lembaga Perbadanan Stadium) dan dalam mencari jalan penyelesaian, semua pihak perlu selari dengan apa yang kami lakukan untuk mengelak isu ini daripada berulang,” katanya.
Interpol Integrity dalam Bulletin Sport-Bi Weekly pada 24 Disember lalu melaporkan isu lambakan penonton itu berpunca daripada kehadiran 8,000 penyokong yang tidak memiliki tiket menyaksikan perlawanan akhir terbabit.
Mengulas mengenai laporan itu, Stuart menjelaskan, FAM tidak memiliki angka terbabit dan tiada siapa yang boleh mengesahkan sama ada memang wujud kehadiran 8,000 penyokong tanpa tiket seperti dinyatakan buletin itu.
Pilihan Penulis
■ Akhyar Rashid Diarah Lapor Diri■ Ong Kim Swee Cari Pengganti Irfan Zakaria Dan Adam Nor Azlin
■ Tindakan Johor Darul Ta'zim Umum Akhyar Tidak Menghormati Undang-Undang
■ Pemain Import Terakhir Terengganu FC Dari Uzbekistan Bakal Tiba Januari Ini
“Tiada siapa yang tahu berapa ramai penyokong di dalam stadium dan mengenai 8,000 penyokong tidak bertiket itu, saya tidak mahu kata ia tidak benar, tapi tiada siapa yang tahu jumlah sebenar.
“Menerusi pemerhatian kasar, saya tidak boleh kata tidak, tapi kita hanya akan mendapat maklumat lanjut selepas siasatan selesai dijalankan,” katanya.
Comments
Post a Comment