Tindakan Johor Darul Ta'zim Umum Akhyar Tidak Menghormati Undang-Undang

TINDAKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) melalui laman Facebook rasminya, JOHOR Southern Tigers mengumumkan Akhyar Rashid sebagai pemain baru pasukan itu disifatkan sebagai tidak wajar dan tidak menghormati proses undang-undang.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd. Asmirul Anuar Aris menegaskan, JDT dilihat seperti tidak menghormati proses perundangan kerana isu berkenaan masih lagi dalam proses perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Soalnya, beliau juga tidak faham tujuan sebenar laman Facebook rasmi JDT itu bertindak demikian sedangkan pasukan Harimau Selatan itu tidak pernah sama sekali mengadakan rundingan dengan KFA bagi mendapatkan Akhyar.

“Kami tidak kisah melepaskan Akhyar tetapi lakukan lah dengan cara yang betul. Lagipun isu pampasan Akhyar masih belum selesai kerana kami ingin membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS),” katanya.

Hari ini, Akhyar diumumkan sebagai pemain baru yang bakal memperkuatkan pasukan juara Liga Super lima kali kali, JDT bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengumuman tersebut dibuat melalui rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sambil memaparkan penampilan Akhyar dengan kapsyen “Welcome To JDT”.

Akhyar yang mewakili skuad Kedah musim ini merupakan satu-satunya pemain tempatan yang diumumkan menyertai JDT setakat ini selepas mereka mengesahkan kemasukan dua pemain import baru iaitu Aarón Ñíguez dan Mauricio Dos Santos Nascimento.

Pilihan Penulis

Akhyar Rashid Rasmi Sarung Jersi Harimau Selatan

JDT Meletakkan RM12 Juta Untuk Klausa Perpindahan Akhyar Rashid

Pasukan Perlis Perkenalkan Logo Baru Yang Lebih Garang

Shahrel Fikri Tangguh Hasrat Sertai Perak

Comments

Popular posts from this blog

Shahrel Fikri Selamat Menikahi Gadis Pilhan Hati

Senarai Lengkap Pemain Kedah FA Musim 2019

10 ‘Port’ Baik Untuk Menonton Perlawanan Malaysia vs Vietnam