Posts

Showing posts from June, 2018

Banduan Mogok Tiada Tayangan Piala Dunia 2018 Di Penjara

Image
Banduan yang menghuni penjara Argentina melancarkan mogok lapar untuk mendesak pihak berkuasa membaiki semula sistem TV kabel bagi membolehkan mereka menyaksikan perlawanan Piala Dunia. "Kabel televisyen adalah hak untuk semua orang yang merdeka," jelas satu kenyataan daripada sembilan banduan di penjara Puerto Madryn, kira-kira 1,300 kilometer dari selatan Buenos Aires. "Ia sudah tidak berfungsi selama tiga hari. Dan kami membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang makanan sehingga masalah ini diselesaikan. Sembilan banduan berkenaan juga sudah memfailkan tindakan undang-undang bagi mempertahankan hak mereka. Sistem kabel yang diletakkan di kawasan banduan berkumpul di penjara itu sudah rosak baru-baru ini dan tidak dibaiki semula. Argentina akan berdepan Iceland pada Sabtu ini di Moscow dalam aksi pembukaan Piala Dunia. Kejohanan itu bakal bermula dengan pasukan tuan rumah menentang Arab Saudi malam esok. - REUTERS

Monaco Jual Thomas Lemar Kepada Atletico Madrid

Image
Bintang Piala Dunia Perancis, Thomas Lemar akan meninggalkan Monaco untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Atletico Madrid musim depan. Perkara itu didedahkan kedua-dua kelab itu selepas membuat persetujuan awal berhubung perpindahan Thomas Lemar. "Atletico Madrid dan AS Monaco sudah bersetuju dengan perpindahan Thomas Lemar, perpindahan ini sudah diputuskan," jelas kelab Sepanyol itu berhubung kedudukan Lemar. "Dalam tempoh beberapa hari lagi, kedua-dua kelab akan menyelesaikan segala perjanjian kontrak," kata kenyataan Atletico Madrid mengenai pemain berusia 22 tahun itu yang beraksi di posisi sayap kiri. Lemar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal setahun lalu namun Monaco tidak bersetuju dengan bayaran STG92 juta (RM490 juta) selepas melepaskan beberapa pemain bintang mereka. Lemar juga dikatakan diintai Liverpool yang mahu mencari pemain pengganti Philippe Coutinho. Sumber rapat dalam menguruskan perpindahan itu memaklumkan ke...

Ini Kalilah Untuk Brazil - Ronaldo

Image
Bekas penyerang Brazil, Ronaldo percaya sudah tiba masanya buat pasukan itu memenuhi impian negaranya menamatkan penantian selama 16 tahun bagi menjulang Piala Dunia di Russia tahun ini. Skuad Brazil dikendalikan Tite, hadir ke Russia sebagai pasukan pilihan akan bertemu Switzerland, Costa Rica dan Serbia dalam aksi Kumpulan E. "Bagi saya pasukan pilihan sudah tentulah Brazil. Bukan sebab saya berasal dari Brazil tapi kerana Brazil bermain dengan baik," kata Ronaldo yang menjadi penjaring terbanyak ketika Brazil menjulang Piala Dunia pada 2002. "Sepanyol juga bermain dengan baik dan Jerman sentiasa satu pasukan yang kuat. "Tapi Piala Dunia adalah kejohanan yang sukar dan kerana ia juga membabitkan cabaran dari Argentina yang mempunyai barisan handalan. Perancis pula membariskan barisan pemain muda. "Saya harap Brazil akan menang. Sudah lama kami menantinya sejak dari 2002 dan saya rasa inilah masanya." Juara dunia lima kali itu akan mem...

Dollah Puji Aksi Pemain Muda

Image
Biarpun tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi, Dollah Salleh tetap memuji komitmen dipamerkan skuad Pahang terutama barisan pemain muda. Pengendali Tok Gajah itu berkata, kekalahan itu membuktikan bahawa pemain muda masih mampu memberi persembahan meyakinkan apabila bertemu pasukan berpengalaman. "Ketika ketiadaan enam pemain utama yang mengalami kecederaan dan digantung perlawanan, mereka (pemain muda) melakukan segala-galanya terutama pada babak kedua. "Walaupun bertubuh kecil kita masih boleh bersaing untuk memberi tekanan kepada JDT dan hampir meraih mata di laman sendiri. "Saya berasa bangga terutama pada babak kedua pemain muda memberi yang terbaik untuk memastikan pasukan mencatat keputusan membanggakan," katanya. Pada perlawanan itu, Pahang beraksi tanpa pemain utama antaranya Patrick Cruz, Austin Amutu, Nor Azam Azih dan Safuwan Baharudin. Justeru, Dollah menyenaraikan pemain muda untuk memperkemaskan jentera pas...

JDT Sekali Lagi Tewaskan Pahang Di Kuantan

Image
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super apabila menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. Bagi Pahang, ia kekalahan kedua berturut-turut kepada JDT selepas tewas 0-1 di Larkin bagi aksi terakhir pusingan pertama Liga Super, pada 8 Jun lalu. Namun, pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu menguji gawang lawan menerusi Norshahrul Idlan Talaha, tetapi bola tandukan bekas penyerang kebangsaan itu sedikit tersasar pada minit keenam. JDT turut melancarkan serangan ke kubu Pahang, namun dinafikan jentera pertahanan Tok Gajah. Pada minit ke-32, kerja keras skuad Harimau Selatan berhasil apabila penyerang import, Fernando Marquez meletakkan skuad itu di hadapan selepas menewaskan penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias. Selepas jaringan pendahuluan itu, tuan rumah berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan, namun terpaksa akur keputusan 0-1 kekal pada separuh masa pertama. Sebaik babak kedua bersambung, Pahang...

Pemain Terengganu Korban Cuti Raya

Image
Hanya sehari saja cuti sempena Aidilfitri diberikan kepada pemain Terengganu FC (TFC) sebelum mereka kembali semula ke padang latihan pada hari raya kedua sebagai persiapan bertemu pendahulu liga, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 20 Jun ini. Hal ini dinyatakan ketua jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim yang mahu pemainnya melihat perkara itu dalam sudut yang positif walaupun terpaksa mengorbankan cuti hari raya itu bersama sanak-saudara. "Saya dah beritahu kepada pemain selepas hari raya kita hanya berehat pada hari raya pertama sebagai persiapan bertemu dengan JDT kerana pada 19 Jun kita akan bertolak ke sana (Johor). "Saya harap pengorbanan yang tinggi daripada semua pemain yang terpaksa mengorbankan cuti sempena hari raya akan mendapat keputusan yang baik nanti bertemu skuad JDT di laman mereka," kata Irfan Bakti. Bagaimanapun jurulatih berpengalaman itu berkata, sebelum sambutan hari raya, pemainnya diberikan cuti selama tiga hari iaitu bermula 12 Jun...

Pahang Ketepi Dua Tonggak Melayan Kunjungan JDT

Image
Pahang terpaksa turun tanpa dua tonggak utama apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini. Dua pemain itu adalah Safuwan Baharudin dan Nor Azam Azih, masing-masing digantung perlawanan kerana kad merah dan kad kuning. Ia disahkan pengurus Datuk Mohammed Suffian Awang yang mengakui skuad Tok Gajah perlu bekerja keras apabila melayan kunjungan Harimau Selatan itu. "Kami akan beraksi tanpa dua tonggak utama (Safuwan dan Azam) yang pasti memberi kesan terhadap persembahan pasukan, malam ini. "Ini kerana mereka adalah kesebelasan utama ketika pasukan tewas tipis 0-1 kepada JDT Jumaat lalu dan ia sedikit sebanyak menjejaskan percaturan pasukan. "Tapi sebagai pasukan yang mementingkan semangat kerja sepasukan, saya percaya mereka akan mempamerkan persembahan meyakinkan," katanya. Ditanya peluang mengutip tiga mata di laman sendiri, Suffian berkata, kembalinya Austin Amutu selepas pulih ...

Padang Latihan England Ditutupi Dengan Dinding Besi

Image
Dinding besi dengan ketinggian 13 kaki dipasang di sekeliling pusat latihan pasukan England di Rusia. Skuad The Three Lions akan menjalani latihan di stadium mini di Spartak. Stadium ini sebelum ini digunakan sebagai 'rumah' bagi perlawanan pasukan remaja dan komuniti tempatan. Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) memohon untuk meningkatkan tahap keselamatan pasukan mereka ketika menjalani latihan. Dan pastinya dengan pagar tinggi itu juga, ketua jurulatih Gareth Southgate dapat memastikan taktikalnya tidak diketahui orang luar. Skuad England akan berkampung di Hotel The ForRestMix di Repino, lebih kurang 30 kilometer dari St Petersburg dan hanya mempunyai populasi 2,500 penduduk. Sementara itu, polis Rusia mengambil langkah lebih tegas dari segi keselamatan bagi memastikan Piala Dunia 2018 ini berjaya di Rusia. Malah mereka sudah pun mengawal lokasi penginapan skuad England 48 jam sebelum ketibaan skuad Southgate. Skuad England dijangka akan menjalani l...

Ronaldo Yakin Portugal Sedia Berhadapan Sepanyol

Image
Cristiano Ronaldo dan Portugal memulakan latihan pertama mereka untuk kempen Piala Dunia di pangkalan pasukan, di Kratovo, Russia, hari ini, lima hari menjelang aksi pembukaan menentang Sepanyol. Semua 23 pemain dalam skuad bimbingan Fernando Santos mengambil bahagian dalam sesi latihan terbuka selama 90 minit yang diadakan dalam keadaan hujan renyai dan suhu di atas 10 darjah Celcius. Juara Eropah memulakan latihan dengan melakukan beberapa sesi pemanas badan sebelum mereka berlatih menajamkan sentuhan penyudah dengan pemain sayap Valencia, Goncalo Guedes yang dipinjamkan ke Paris Saint Germain dilihat tajam di depan pintu gol. Pasukan itu kemudiannya dibahagikan kepada dua pasukan dengan mereka bermain separuh padang. Terdahulu, Ronaldo yang juga bintang sensasi Real Madrid disambut kira-kira 100 peminat yang hadir bagi menyaksikan sesi latihan itu termasuk pihak media. Portugal yang menyambut hari kemerdekaan negara itu hari ini akan memulakan aksi kumpulan men...

Mesir Tiba Di Russia, Salah Masih Bergelut

Image
Mohamed Salah tiba di Russia, hari ini dengan Mesir berharap bintang mereka itu sempat pulih sepenuhnya sebelum aksi pembukaan Piala Dunia menentang Uruguay. Salah dan rakan sepasukan tiba di Grozny bagi membuat penampilan ketiga buat Mesir di kempen Piala Dunia sejak kali terakhir pada 1990. Juara tujuh kali Afrika itu akan turun untuk aksi sulung peringkat Kumpulan A pada Jumaat ini menentang Uruguay. "Pasukan ini sudah bersedia untuk beraksi dan mereka semua berada pada tahap terbaik," kata pengurus pasukan, Ihab Leheta ketika ditemui AFP di Lapangan Terbang Antarabangsa Grozny. Skuad yang diberi jolokan The Pharaohs itu tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan dan Salah kini semakin terdesak untuk menunjukkan kemampuannya di Russia. Penyerang berbisa itu terpaksa diketepikan sejak Liverpool tewas 1-3 di tangan Real Madrid dalam aksi final Liga Juara-Juara apabila dia mengalami kecederaan bahu selepas dikasari Sergio Ramos. Walaupun belum pulih,...

Bahagian Tengah JDT Harus Dikucar-Kacirkan

Image
Penguasaan barisan tengah adalah kunci utama JDT untuk menjinakan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, dalam perlawanan Liga Super, malam esok. Pengendali skuad Harimau Selatan, Raul Longhi berkata, walaupun sedar tentangan hebat yang bakal dihadapi mereka apabila berkunjung ke laman lawan, pihaknya tetap yakin dengan kemampuan pemain sendiri. "Johor Darul Ta'zim (JDT) tetap menyasarkan tiga mata dalam perlawanan malam esok walaupun tidak dinafikan sukar untuk menjinakkan skuad Tok Gajah terutama di laman mereka sendiri. "Saya pasti corak permainan mereka berbeza berbanding ketika tewas 0-1 kepada kami (JDT), Jumaat lalu. "Apa yang penting, pemain perlu beraksi seperti biasa, kekal fokus dan mengikut taktikal yang dirangka khas bagi menjinakan pasukan lawan yang sudah pasti akan melakukan pelbagai helah termasuk provokasi untuk menjejaskan rentak permainan," katanya. Menurutnya, tatkala saingan liga semakin hampir ke penghujungnya semua pas...

Brazil Tiba Di Russia Dengan Keyakinan

Image
Neymar dan rakan pasukannya tiba di Russia awal pagi ini dengan aura kemenangan selepas menewaskan Austria 3-0 pada perlawanan pemanas badan terakhir menjelang saingan Piala Dunia yang bermua Khamis ini. Ketika perlawanan pembukaan akan berlangsung di Moscow membabitkan perlawanan antara tuan rumah Russia menentang Arab Saudi, juara dunia lima kali itu tiba di Sochi, bandar peranginan di Black Sea sebagai penginapan rasmi sepanjang berlangsung Piala Dunia hingga Julai. Brazil hadir ke Russia dengan keyakinan yang cukup tinggi bersama Neymar yang membuat penampilan pertama selepas lebih dari tiga bulan tidak beraksi apabila meledakkan gol kemenangan ke atas Austria di Vienna. Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho turut mencetak nama sebagai penjaring gol dengan pemain bintang Paris Saint-Germain itu mengesahkan dia kini pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan kaki pada awal Mac lalu. Jaringan itu adalah yang ke-55 Neymar buat Brazil, meletakkan namanya sebaris dengan...

Raul Longhi Lega JDT Meneruskan Rentak Kemenangan

Image
Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Raul Longhi menghela nafas lega selepas skuad kendaliannya menepati ramalan mengutip tiga mata apabila menang tipis 1-0 mengatasi Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. Bagi pengendali kelahiran Argentina itu, penguasaan jelas milik JDT apabila kerap memberi tekanan kepada skuad kendalian Dollah Salleh namun hanya mampu mencipta satu sahaja dalam perlawanan itu. Katanya, JDT memiliki sekurang-kurang tujuh peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi hanya satu gol yang terhasil dan ia amat mengecewakan namun apa yang mustahak tiga mata memihak skuad Harimau Selatan. "Masalah yang timbul dalam perlawanan itu, kami ada tujuh peluang keemasan tetapi gagal terjemahkan peluang itu dengan jaringan apabila hanya satu gol yang terhasil. "Masalah yang timbul dalam perlawanan itu, kami ada tujuh peluang keemasan tetapi gagal terjemahkan peluang itu dengan jaringan apabila hanya satu gol ...

Ganjaran Lumayan Menanti Pemain Sepanyol Di Piala Dunia 2018

Image
Setiap pemain skuad Sepanyol akan membawa pulang bonus 825,000 euro (RM3.87 juta) sekiranya menjulang Piala Dunia di Russia, lapor akhbar Sepanyol hari ini. Harian sukan Marca yang berpangkalan di Madrid melaporkan bahawa Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) mahu memberi insentif terhadap skuad itu lebih dua kali ganda diberikan Jerman kepada pemain mereka iaitu 350,000 euro (RM1.64 juta). Ia juga mengatasi ganjaran yang ditawarkan pasukan pilihan Brazil iaitu 800,000 euro (RM3.75 juta) seorang. Ganjaran bakal diberikan itu adalah peningkatan mendadak berbanding 600,000 euro (RM2.81 juta) yang diberikan kepada setiap pemain skuad Sepanyol yang beraksi pada Piala Dunia 2010. Ia juga dianggap ganjaran terbesar berbanding 720,000 euro (RM3.37 juta) ditawarkan empat tahun lalu ketika mereka tersingkir pada peringkat kumpulan di Brazil. Laporan itu menyatakan tiada seorang pun anggota skuad Julen Lopetegui akan menerima sebarang bentuk bonus jika gagal ke suku akhir. ...

JDT Hanya Bernasib Baik Sahaja - Davies

Image
Kapten Pahang, Matthew Davies pasrah dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) sambil menyifatkan pasukan itu bernasib baik untuk menang dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi. Davies mengakui ia perlawanan sukar buat skuad Tok Gajah walaupun memiliki beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang skuad Harimau Selatan namun akibat sedikit kealpaan di benteng pertahanan menyebabkan skuad kendalian Raul Longhi bijak mengambil peluang terhidang. Katanya, sasaran utama Pahang untuk sekurang-kurangnya mencuri mata namun tidak menjangka kekalahan yang dialami malah barisan serangan cuba memburu gol penyamaan tetapi benteng pertahanan JDT yang kental merumitkan usaha mencipta gol. "Memang kami menyasarkan keputusan yang positif dan bukan kekalahan tetapi terpaksa akur dengan gol tunggal yang dijaringkan JDT. Mungkin ada hikmah dengan kekalahan itu tatkala saya lihat aksi seimbang dalam perlawanan itu. "Keada...

Portugal Mudah Tundukkan Algeria

Image
Dengan Cristiano Ronaldo beraksi buat kali pertama, Portugal meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Algeria dalam perlawanan pemanas badan ter­akhir mereka sebelum ke Rusia untuk kempen Piala Dunia. Ronaldo, yang tidak bermain sejak membantu Real Madrid muncul juara Liga Juara-juara tiga kali berturut-turut bulan lalu, merancang satu daripada gol Portugal di Stadium of Light. Dia turut menjaringkan gol tetapi tidak dibenarkan kerana ofsaid sebelum digantikan pada minit ke-75. Ronaldo hanya mula me­nyertai skuad Portugal pada Isnin lalu, lebih lewat daripada anggota lain skuad itu kerana diberi rehat selepas perlawanan akhir Liga Juara-juara. Portugal membuka jaringan pada minit ke-18 menerusi rembatan Goncalo Guedes dari dalam kawasan penalti selepas menerima umpanan menerusi tandukan cantik Bernardo Silva. Bruno Fernandes menambah gol pada minit ke-37 apabila membuat tandukan jarak dekat hasil umpanan lintang oleh Ro­naldo dan Guedes menjaringkan gol keduanya pada awal b...

Real Madrid Sedia Lepaskan Ronaldo

Image
Read Madrid dilaporkan telah mengarahkan Cristiano Ronaldo mencari sendiri ‘pembelinya’ jika penyerang sensasi berkeras untuk meninggalkan The Galacticos pada musim depan. Spekulasi itu timbul sebaik rundingan ejen Ronaldo, Jorge Mendes bersama Real pada Selasa lalu apabila juara 13 kali Eropah tersebut dilihat tidak berminat untuk memberikan kontrak lumayan seperti yang dikehendaki kapten Portugal tersebut. Menurut laporan di Sepanyol, pemain berusia 33 tahun itu telah bersedia untuk meninggalkan Santiago Bernabeu selepas tuntutannya ditolak Real. Apa yang pasti, Real lebih berminat untuk menggunakan hasil penjualan Ronaldo bagi menampung dana untuk menyambar khidmat penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar. Presiden Real, Florentino Perez telah menjadikan Neymar sebagai buruan utamanya pada musim panas ini selain menganggap bintang Brazil itu mampu menggantikan Ronaldo jika bekas pemain Manchester United tersebut meninggalkan Real. Bagaimanapun, Real berdepan tu...

Jerman Nyaris Dimalukan Arab Saudi

Image
Juara dunia Jerman berjaya mengekang kejutan lawan pada saat akhir dengan menewaskan Arab Saudi 2-1 awal pagi tadi dan meraih kemenangan pertama tahun ini selepas lima perlawanan sebagai persiapan ke Piala Dunia. Iran, Croatia dan Switzerland turut mencatat kemenangan sementara Poland terikat 2-2 dengan Chile. Jerman dilihat mampu menang selesa selepas cuba menangkis prestasi terburuk mereka sejak 30 tahun lalu apabila Timo Werner membuka jaringan dan gol Omar Hawsawi ke gawang sendiri menggandakan kelebihan mereka pada separuh masa pertama. Namun Arab Saudi yang juga akan bertandang ke Russia segera bangkit dengan melakukan ancaman hasil serangan balas. Mereka berjaya merapatkan jaringan apabila Taisir Al-Jassim meledak bola lantunan selepas penalti Mohammad Al-Sahlawi ditepis Marc-Andre ter Stegen lima minit sebelum tamat permainan. Al-Sahlawi kemudiannya berpeluang mendapatkan sepakan penalti kedua ketika wisel penamat apabila dia dikasari Mats Hummels ketika Jerm...

Kedah Menang Tipis Ke Atas Kelantan

Image
Kedah akhirnya bangkit daripada kekecewaan dengan menewaskan Kelantan 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Kemenangan ini berjaya melonjakkan semangat Kedah sekali gus melegakan ketua jurulatihnya, Nidzam Adzha Yusoff selepas skuad Helang Merah gagal mendapatkan sebarang mata pada dua perlawanan lalu. Kedah memulakan perlawanan dengan percubaan menerusi sepakan percuma Baddrol Bakhtiar pada minit kesembilan namun berjaya ditepis penjaga gawang Kelantan, Shahrizan Ismail. Kelantan cuba bangkit dengan percubaan Lazarus Kaimbi pada minit ke-12 namun penjaga gol baharu Kedah, Ramadhan Hamid lebih bersedia dengan menepis bola keluar. Akhyar Rashid mendapat peluang pada minit ke-21 dengan rembatan terus namun ditepis Shahrizan manakala cubaan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-34 juga diselamatkan penjaga gol itu. Penghujung babak pertama Kedah akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan gol penyerang sensasi, Paulo Rangel yang mudah menolak masuk hasil t...

Jaringan Hariss Harun Pastikan JDT Gah Di Persada Liga

Image
Jaringan tunggal kapten, Hariss Harun pada awal babak pertama sudah memadai buat Johor Darul Ta'zim (JDT) menang tipis 1-0 ke atas Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan kekal di tangga teratas dengan mengumpul 35 mata selepas mengharungi perlawanan ke-14 dan kedua-dua pasukan sekali lagi akan bertembung pada aksi di Stadium Darul Makmur, Selasa ini. Peluang terbaik JDT mencipta gol hadir pada minit kelima selepas bola umpanan Fernando Elizari mengelirukan benteng pertahanan pelawat namun Fernando Marquez yang tidak dikawal menyepak bola melewati palang gol. Pelawat juga memperoleh peluang pada minit ke-15 apabila mula menyusun serangan ke kubu anak didik Longhi namun bola sepakan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria sekadar melepasi palang gol. Usaha berterusan tuan tumah mencipta gol terhasil pada minit ke-18 selepas percubaan awal Marquez berjaya dihalang pemain pertahanan law...

Harimau Malaya Bakal Diuji Enam Pasukan

Image
Enam pasukan akan menanti skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A' pada Julai hingga November ini, sebelum mengharungi aksi Piala Suzuki AFF 2018 pada penghujung tahun. Perkembangan itu diumumkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menjelaskan lima daripada pasukan itu sudah memberi pengesahan untuk menguji skuad kebangsaan. Katanya, enam aksi persahabatan itu adalah seimbang dengan tiga daripadanya akan berlangsung di laman sendiri, sementara tiga lagi akan diadakan di gelanggang lawan. "Tiga aksi di laman sendiri membabitkan Fiji pada 5 Julai di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dan Republik Kyrgyz di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Oktober. Satu lagi aksi di gelanggang sama pada 3 November dan pasukan lawan akan diumumkan nanti. "Tiga lagi perlawanan di luar adalah bertemu Taiwan di Taipei (7 September), Kemboja di Phnom Penh (10 September) dan Sri Lanka di Colombo pada ...

Sultan Johor Taja Cardiff City RM15.97 Juta

Image
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menaja sehingga £3 juta (kira-kira RM15.97 juta) dalam tempoh tiga tahun lepas sejak 2015 untuk mengekalkan logo 'Visit Malaysia' pada jersi pasukan bola sepak Cardiff City. Pada sidang akhbar hari ini, pemilik kelab itu, Tan Sri Vincent Tan mendedahkan bahawa Sultan Johor itu adalah antara penaja logo berkenaan dengan berkata, "Tuanku tidak membantu Cardiff City FC, tetapi lebih kepada untuk mempromosi negara ini." Cardiff City FC di bawah bimbingan pengurusnya, Neil Warnock, akan bersaing pada Liga Perdana England 2018/19 disamping Manchester United, Chelsea, Arsenal dan Liverpool berikutan kenaikan statusnya daripada Liga Kejuaraan England. Vincent juga menyuarakan harapan agar Menteri Pelancongan yang baharu akan menimbang "kerjasama" dengan kelab berkenaan untuk terus mempromosi industri pelancongan Malaysia. "Kini, bintang Barcelona, Luis Suarez, menjadi duta bagi Tourism Malaysia. Apabila dia bermai...

Kelab Penyokong Bimbang Prestasi Kedah

Image
Kelab Penyokong Jaguh Utara (JUFC) meluahkan keresahan terhadap prestasi terkini pasukan Kedah yang gagal meneruskan rentak konsisten dalam dua perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, baru-baru ini. Penasihat JUFC Azman Ahmad berkata, dua kekalahan berturut turut di laman sendiri ketika bertemu Melaka United (2-0) dan Kelantan (2-1) menjejaskan reputasi Kedah selaku pasukan yang memiliki gelaran juara sejak beberapa musim lalu. "Kami akur kemungkinan keletihan melanda skuad Kedah, namun apa yang kami mahu adalah sikap dan mentaliti pemain perlu lebih fokus serta tidak memandang mudah pada mana mana perlawanan sama ada membabitkan pasukan dari kelompok atasan mahupun bawahan," kata Azman. "Kami menggesa pemain mengubah sikap dan mentaliti supaya tidak memandang mudah setiap pasukan yang berada dalam Liga Super kerana semua pasukan mampu menjadi juara. "Jika semua pemain menganggap pasukan yang akan ditentang itu sebagai calon juara, maka sudah ...

Piya Sedia Berkhidmat Kembali Bersama Kelantan

Image
Bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi sedia kembali menyarung jersi pasukan itu jika khidmatnya masih diperlukan malah yakin masih mampu memberi sumbangan walaupun sudah berada di hujung karier. Badhri atau Piya, 36, yang sebelum ini disisih jurulatih dari Syria, Fajer Ebrahim berkata, dia sedia mengetepikan segala salah faham dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) demi kepentingan pasukan negeri itu. "Kito ni ok semace. Kito sayang bola sepak Kelate (Saya sentiasa OK. Saya sayang bola sepak Kelantan)," demikian reaksi Piya apabila ditanya pendiriannya jika dipanggil semula mewakili The Red Warriors . "Jika Kelantan rasa saya masih mampu memberi sumbangan, saya sedia bila-bila masa kerana saya terlalu sayangkan pasukan ini dan kecewa ia dirosakkan oleh orang luar. "Saya yakin dengan pengalaman dimiliki, saya mampu membimbing pemain muda Kelantan. Mungkin saya memerlukan sedikit masa untuk mengembalikan kecergasan selepas lama tidak bermain namun ia...

Dua Penyerang Baru JDT Sedia Gempur Pahang

Image
Sentuhan gandingan import Amerika Selatan, Fernando Marquez dan Fernando Elizari menjadi sandaran Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika melayan kunjungan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok. Keputusan JDT mendapatkan dua import Argentina menggantikan Harry Novillo dan Jorge Santos sememangnya tidak diduga, namun ia diharap berbaloi bagi memastikan skuad Harimau Selatan terus mengekalkan momentum kemenangan. Kini tugas Marquez dan Elizari adalah memberi `pulangan lumayan' buat JDT dengan menampilkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan yang diharungi bermula dengan pertembungan menentang Pahang. Ia penting bagi merealisasikan kemenangan pasukan yang mengintai kejuaraan liga lima musim berturut-turut selain untuk menempatkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan. Pengendali JDT, Raul Longhi menegaskan persiapan menentang skuad kendalian Dollah Salleh berjalan lancar dan tiada pemain mengalami kecederaan kec...

Pahang Sedia Berhadapan JDT

Image
Tugas getir menanti skuad Pahang apabila bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok. Ia diakui pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh yang mahu anak buahnya mengekang asakan Harimau Selatan itu sekali gus tidak tercicir mata. "Saya perlu akui bahawa Pahang bukan saja berdepan masalah kecederaan, malah prestasi kurang memuaskan biarpun merekodkan dua kemenangan ke atas Kuala Lumpur dan PKNP FC. "Dengan prestasi semasa JDT termasuk kehadiran pemain import baharu, ia dilihat memberi cabaran besar buat pasukan untuk bekerja keras. "Tetapi, pemain tidak boleh mengalah, sebaliknya bermain seperti biasa dan memiliki semangat untuk memastikan keputusan positif dicapai," katanya. Ditanya peluang mengulangi kemenangan 3-0 ke atas JDT seperti dilakukan pada saingan suku akhir Piala FA lalu, Dollah berkata ia bukan sesuatu yang mustahil. Tetapi katanya, ketiadaan Patrick Cruz yang masih lagi...

'Salah Iraq' Mendapat Tumpuan

Image
Menerusi penampilan berjambang, rambut kerinting dan jersi bola sepak, penyerang Iraq, Hussein Ali sering disangka sebagai bintang Mesir, Mohamed Salah. Di Baghdad, ibu negara Iraq, Ali, 20, sering ditahan di kawasan kejiranannya di Hurriya oleh orang ramai yang mahu bergambar dengan idola mereka. Biarpun dia sendiri penyerang kelab Al-Zawraa, wajah Ali yang seiras Salah menarik perhatian penduduk Iraq. "Pada sesi latihan pertama, dia memperkenalkan dirinya sebagai 'Hussein Ali'. Saya berkata, 'Tidak, tidak, anda adalah Mohamed Salah," kata jurulatih Ali, Adnan Mohammad. Sewaktu Salah beraksi bersama AS Roma, Ali menyedari betapa wajah mereka seiras tetapi menganggap komen itu sebagai jenaka. Namun apabila pemain Mesir itu mencipta nama di pentas global menerusi Liga Perdana Inggeris, menjadi 'pemain bola sepak nombor satu Arab', Ali mula memberi perhatian terhadap imejnya. Sejak itu dia mula menyarung jersi Liverpool, kelab yang diangg...

Abang Long Berjaya Curi Tiga Mata Dari Adiknya

Image
Selangor membuktikan betapa mereka layak bergelar 'Abang Long' selepas menundukkan pasukan adik, PKNS FC 2-1 pada aksi 'Tetangga Selangor' di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi. Gol pada setiap babak membolehkan skuad bimbingan Nazliazmi Nasir meraih kelebihan psikologi menjelang aksi separuh akhir Piala FA yang menemukan pasukan dua beradik itu pada 23 dan 30 Jun ini. Keputusan ini sekali gus menyaksikan skuad Semut Merah terus kempunan melakar kemenangan dalam empat perlawanan dan sekadar mengutip dua mata dengan tiga mata terakhir dipungut mereka ialah ketika bertemu Kuala Lumpur di laman sendiri pada 13 Mei lalu. Pada aksi terbabit, skuad Merah Kuning itu tidak menunggu lama untuk memperolehi gol pembukaan apabila kegagalan Shahril Saa'ri menangkap kemas percubaan Ilham Udin Armaiyn pantas disambar Rufino Segovia untuk gol ke-12 dalam saingan Liga Super musim ini seawal minit keenam. Bagaimanapun, kesilapan pemain Selangor yang...

Thanabalan Selamatkan Maruah Negeri Sembilan

Image
Negeri Sembilan (NS) bangkit pada penghujung babak untuk seri 1-1 dengan Perak dalam aksi Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi. Sebelum ini, skuad bimbingan Mario Lemos tampil cemerlang dengan menewaskan Kelantan dan PKNS FC. Perak berpeluang mendapatkan gol awal namun sepakan Leandro Dos Santos pada minit kelapan dikuis penjaga gol NS, Muhamad Ilham Amirulllah dan percubaan Nazirul Naim Che Hashim pada minit ke-22 juga gagal melepasi penjaga gol muda itu. Penguasaan bola dilihat memihak kepada Perak, namun mereka gagal memecah benteng pertahanan NS apabila sekadar dapat melakukan tiga percubaan tepat sepanjang babak pertama yang belum cukup menggugat Muhamad Ilham yang beraksi cemerlang. Skuad Hobin Jang Hobin yang turun dengan misi melakar kemenangan keempat musim ini sesekali melakukan serangan balas pantas menerusi gandingan Angel Guirado dan Muhammad Fakhrul Aiman Sidid, bagaimanapun usaha mereka mudah dipatahkan benteng pelawat. NS d...

Israel Dan Palestin Bergaduh Gara-Gara Messi

Image
Persatuan bola sepak Israel dan Palestin saling tuduh menuduh berikutan pembatalan perlawanan pemanas badan Piala Dunia antara negara Yahudi itu dengan Argentina di Baitulmaqdis. Israel menuduh Palestin sebagai 'menakutkan bola sepak' apabila menyatakan ancaman mereka menyebabkan bintang Barcelona, Lionel Messi dan pasukannya membatalkan perlawanan persahabatan terakhir mereka sebelum Piala Dunia. Palestin sebaliknya menafikan dakwaan itu apabila menegaskan Argentina menarik diri daripada perlawanan itu kerana menyedari Israel menggunakan kehadiran mereka untuk kepentingan politik. Perlawanan itu dibatalkan semalam selepas kempen dilakukan Palestin susulan pertukaran perlawanan itu ke Baitulmaqdis. "Kami berdepan ketakutan bola sepak daripada Persatuan Bolasepak Palestin dan presidennya (Jibril Rajoub)," kata Rotem Kamer dari Persatuan Bolasepak Israel. Beliau menuduh mereka mengugut pemain dan keluarga mereka, tanpa menunjukkan sebarang bukti. ...

Belgium Mudah Tundukkan Mesir

Image
Belgium mencetus tamparan buat Mesir pada perlawanan pemanas badan menjelang Piala Dunia dengan kemenangan 3-0 di Brussels awal pagi tadi sekali gus melegakan sebilangan besar penyokong tuan rumah, yang kehilangan khidmat tonggak pertahanan Vincent Kompany. Kekal dengan formasi tiga pertahanan, lawan England pada peringkat kumpulan Belgium mempamerkan lebih bisa di bahagian serangan berbanding ketika seri tanpa jaringan di laman sendiri menentang Portugal, Sabtu lalu. Romelu Lukaku, dipilih sebagai penyerang dalam kesebelasan utama sekali gus menyingkirkan Michy Batshuayi, meledak masuk dari jarak dekat pada minit ke-27 apabila penjaga gol Mesir berusia 45 tahun, Essam El-Hadary menumbuk keluar percubaan Eden Hazard. Pemain tengah Chelsea, Hazard menjadikan kedudukan 2-0 11 minit kemudian selepas gerakan menarik Yannick Carrasco yang merampas bola dari garisan gol. Batshuayi, masuk menggantikan Lukaku, mengumpan gol ketiga kepada Marouane Fellaini pada masa kecederaan b...