Posts

Showing posts from December, 2018

JDT Dan Akhyar Bakal Berdepan Tindakan FIFA?

Image
JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) dan ‘bintang barunya’, Akhyar Rashid bakal berdepan hukuman penggantungan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berjaya membuktikan wujudnya unsur 'tapping up' atau 'curi' pemain kepada badan induk dunia itu. KFA sebelum ini mendakwa, JDT menggunakan taktik 'pintu belakang' untuk berurusan dengan Akhyar tanpa persetujuan KFA yang masih memiliki kontraknya hingga penghujung 2019. "Hukuman itu (penggantungan oleh FIFA ke atas JDT dan Akhyar) hanya berlaku sekiranya KFA berjaya membuktikan bahawa wujudnya kesalahan dilakukan JDT dalam proses mengikat Akhyar kepada FIFA," kata peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid Bagaimanapun, beliau menganggap peluang KFA untuk memenangi kes itu agak tipis selepas membawa kes berkenaan kepada Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Status FAM sebel...

Yuta Suzuki Sedia Bantu Kelantan Kembali Jadi Pasukan Gergasi

Image
TONGGAK import Kelantan, Yuta Suzuki menetapkan misi peribadi untuk membantu The Red Warriors (TRW) menjadi salah satu pencabar kejuaraan pada saingan Liga Premier musim depan. Suzuki, 28, berkata, misi tersebut tidak mustahil untuk dicapai seandainya semua pemain Kelantan fokus dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini. “Saya akui ia bukan satu tugas mudah. Namun, sebagai pemain saya anggap ia merupakan satu cabaran yang harus ditempuhi. “Saya bertekad untuk memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan dan berharap rakan-rakan sepasukan dapat membantu,” katanya. Suzuki memberitahu, dia cukup teruja terpilih menyertai TRW dan ia merupakan pengalaman baharu dalam karier bola sepaknya. Katanya, dia sedia menggunakan pengalaman beraksi di Republik Czech dan Kemboja sebelum ini untuk membantu Kelantan. “TRW merupakan satu nama besar dan mempunyai sejarah yang cukup hebat pada saingan Liga Malaysia. “Saya sudah tidak sabar untuk membantu Kelantan kembali menj...

Tiada Rundingan Bersama FAM Lagi, Jumpa Di Mahkamah

Image
TIADA lagi rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kes pemain sensasi, Akhyar Rashid tetap akan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Penegasan tersebut disuarakan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd. Asmirul Anuar Aris yang menyifatkan tindakan undang-undang itu perlu supaya situasi yang berlaku terhadap Kedah ini tidak berulang lagi pada masa depan. Beliau berkata, KFA hanya memperjuangkan profesionalisme dan undang-undang di dalam bola sepak supaya perkara itu tidak dipandang rendah oleh mana-mana pihak yang sesuka hati melanggar peraturan. “Kita bukan perjuangkan soal duit (pampasan) dalam kes Akhyar ini tetapi ingin memberi pengajaran kepada mana-mana pihak supaya menggunakan saluran yang betul dan mengikut prinsip undang-undang jika ingin mendapatkan seseorang pemain itu bersama mereka. Pilihan Penulis ■ Akhyar Berhak Memilih, JDT Bijak Mengambil Kesempatan ■ Nak Bayar RM1.00 Pun Tak Apa, Janji Ikut Saluran Yang Be...

KAFA Terdesak Cari Dana RM3 Juta

Image
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan me­ngakui pasukan The Red Warriors (TRW) semakin ter­desak untuk mencari dana sekurang-kurangnya RM3 juta lagi untuk bersaing secara kompetitif pada Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Katanya, dana menerusi geran agihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebanyak RM1 juta tidak mencukupi buat pasukan Kelantan bersaing pada Liga Premier yang akan membuka tirai sebulan lagi. “Kami amat mengalu-alukan mana-mana syarikat untuk tampil menaja skuad Kelantan kerana pihak pengurusan memerlukan sekurang-kurang­nya RM3 juta lagi untuk mentadbir pasukan de­ngan baik musim depan. “Kami meletakkan sasaran buat pasukan untuk mendapat tempat dua teratas Liga Premier 2019 sekali gus dapat kenaikan ke Liga Super musim 2020. “Geran RM1 juta yang kami dapat daripada MFL serta penaja sedia ada masih belum cukup untuk kami bersaing dengan kompetitif memandangkan pasukan lain sudah membuat persiapan c...

'Titanic-Clash' Jika Gagal Tewaskan Liverpool, Lupakan Trofi Liga

Image
PEP Guardiola mencabar pemain-pemainnya menewaskan Liverpool menjelang perlawanan awal pagi Jumaat ini. Pertemuan kedua-dua kelab dianggap seperti 'titanic clash' di Stadium Etihad. Biarpun baharu sahaja mencatat kemenangan ke atas Southampton pada Ahad, Guardiola menyedari bahawa mereka boleh lagi jatuhkan mata selepas dua kekalahan mengejut sebelum ini. "Kami memenangi banyak perlawanan tetapi sayangnya kalah dalam dua pertemuan sebelum ini. Kami akan berdepan dengan pasukan terbaik di Eropah atau di dunia. "Jika mata kami jatuh lagi, ia akan berakhir. Dan sudah tentu mereka juga akan jatuh mata (jika tewas), tetapi tidak banyak. "Saya sedar jurang perbezaan sangat besar, lebih-lebih lagi mereka kini sangat konsisten dan kuat. Tetapi kami bermain di tempat sendiri, dan berharap orang-orang di Etihad dapat membantu kami, beri sokongan. Pilihan Penulis ■ Van Dijk Laung Amaran, Menyifatkan Trio Liverpool Menggerunkan ■ United Sudah Kembali Ke Lan...

Shukor Adan Mengimpikan Melaka United Ke Piala AFC

Image
BEKAS kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur bakti di negeri kelahirannya pada saingan Liga Malaysia musim depan. Pemain berusia 39 tahun itu berkata, usia yang semakin meningkat itu bukan satu halangan dalam sukan bola sepak namun beliau berazam untuk mencapai sesuatu kejayaan bersama skuad Sang Kancil. "Bila saya dan pemain-pemain baharu datang ke sini (Melaka United) kami datang bukan hanya untuk 'makan gaji' tetapi bersama pasukan ini kita mahu mendapatkan kejayaan yang boleh dibanggakan. "Dengan sokongan padu oleh penyokong-penyokong, kita sudah pasti tidak mahu menghampakan harapan mereka, kami akan berusaha untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir dan menempatkan kedudukan pasukan ini dalam kelompok terbaik," katanya kepada Bernama . Pemain pertahanan itu berkata, mereka juga memerlukan masa untuk mendapatkan keserasian antara pemain tempatan dan juga pemain import b...

Shahrel Hampir Pasti Sertai Perak

Image
PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) semakin hampir untuk menandatangani pemain PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi. Pengurus pasukan Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah yang mengesahkan perkara itu berkata, peluang Muhammad Shahrel untuk menyertai Perak begitu cerah dan perbincangan mengenai kontrak pemain itu sedang dijalankan. PAFA berbesar hati untuk 'mengundang' pemain yang dipinjaman kepada Kelab Liga Divisyen 1 Thailand, Nakhon Ratchasima FC itu dan kini hanya menunggu persetujuan daripada Muhammad Shahrel. “Ya kita sudah berbincang dan saya yakin dalam masa terdekat kita akan dapat persetujuan beliau. “Peluang beliau menyertai Perak amat cerah. Cuma ada sikit masalah iaitu persetujuan dia dengan Pafa mengenai syarat yang diletakkan untuk sama rata dalam kalangan semua pemain agar tidak ada perasaan berbelah bahagi, biar sama rata dari segi kontrak semua pemain,” katanya. Pilihan Penulis ■ Akhyar Berhak Memilih, JDT Bijak Mengambil Kesempatan ■ ‘Adinda’ Ultra...

Van Dijk Laung Amaran, Menyifatkan Trio Liverpool Menggerunkan

Image
BINTANG pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk, memuji trio serangan menggerunkan pasukannya yang dibarisi Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane ketika pasukan itu kekal mendahului takhta Liga Perdana Inggeris. Salah, Firmino dan Mane berganding bahu ketika The Reds mengaibkan Arsenal 5-1 di Anfield, kelmarin. Firmino menjaring hatrik manakala Salah dan Mane turut tersenarai selaku penjaring. Van Dijk kagum dengan keberkesanan penyudah barisan serangan pasukannya itu menjelang perlawanan penting berdepan Manchester City, Jumaat ini. Kami akan bermain mati-matian menentang City bagi menjarakkan kedudukan dan menasihati City agar berhati-hati dengan trio ini. Trio ini akan memberi anda mimpi buruk jika tidak diberi perhatian. "Kami hampir sempurna, cuma kami dibolosi lawan. "Apa yang penting adalah kemenangan. "Kami menamatkan tahun ini dengan cemerlang dan kami mahukan ia berkekalan. "Keyakinan pasukan kini di tahap tertinggi, namun ia mungkin berubah...

Akhyar Berhak Memilih, JDT Bijak Mengambil Kesempatan

Image
BARU-BARU ini bola sepak Malaysia kecoh dengan isu perpindahan Akhyar Rashid ke JDT yang didakwa tidak mengikut prosedur yang betul. Baru-baru ini seorang peguam undang-undang sukan bernama Zhafri Aminurashid mengulas isu ini dilama facebook milik beliau. Berikut adalah ulasan beliau: Jika dilihat secara keseluruhan mengenai masalah yg berbangkit berkaitan dgn isu pembelian Akhyar oleh JDT apa yang berlaku diatas kelompangan kontrak pemain yg ditandantangani oleh pemain dan pasukan. Di dalam bolasepak moden FIFA sgt menghalang apa-apa jenis bentuk penghambaan pemain. Di dalam hal ini, Akhyar sebagai seorang pemain professional dan seorang yang bebas berhak utk memilih pasukan mana yg beliau ingin sertai dan bermain. Berkenaan isu perpindahan Akhyar Rashid ke JDT yang menjadi kontroversi baru-baru, seorang peguam undang-undang sukan bernama Zhafri Aminurashid tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut. Meskipun pemain2 diwajibkan utk mematuhi kontrak, namun begitu ianya t...

United Sudah Kembali Ke Landasan Yang betul - Pogba

Image
PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba, percaya perbezaan pasukannya di bawah bekas pengurus, Jose Mourinho, dengan pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer, adalah mereka kini bermain dengan corak permainan yang bersesuaian dengan setiap pemain. Dengan kemenangan 4-1 ke atas Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi, United kini meraih tiga kemenangan berturut-turut sejak diambil alih Solskjaer, dua minggu lalu. Dalam tempoh itu juga, mereka telah menjaringkan 12 gol melalui corak permainan menyerang dan gerakan yang lebih bebas buat pemain. Gaya itu berbeza dengan pendekatan yang diterapkan Mourinho sebelum ini dan Pogba berasakan taktikal Solskjaer itu membenarkan pemain United bermain seperti yang mereka mahukan. Pogba berkata kepada Sky Sports : "Ia berbeza. Kami pernah memenangi beberapa perlawanan di bawah pengurus lama, namun kami kini bermain dengan corak permainan berbeza. Pilihan Penulis ■ Man City Kembali Mengejar Pendahulu Liga, Liverp...

Firmino Terima Bonus Selepas Meledak Hatrik Menentang Arsenal

Image
SELEPAS menjaringkan tiga gol ataupun hat trick dalam perlawanan menentang Arsenal pada awal pagi Ahad, Roberto Firmino dilaporkan bakal menerima bonus sebanyak £135,000 ataupun RM712,566. Menurut Mirror UK , berdasarkan laporan pendedahan bola sepak, The Dirty Business of Football , Firmino menerima gaji pokok, £68,085 seminggu. Firmino didakwa memperoleh £25,000 untuk setiap lima gol pada musim pertamanya, £45,000 untuk antara enam dan 10 yang dijaringkannya, £65,000 dari 11 hingga 15 gol, dan seterusnya £85,000. Ini bermakna hat-trick pada perlawanan hari Sabtu (waktu United Kingdom) menghasilkan bonus sebanyak £135,000 di atas gaji pokoknya. Firmino kini sudah menjaringkan tujuh gol dan empat ‘assists’ dalam 20 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan 59 gol secara keseluruhan untuk Liverpool sejak menyertai kelab itu dari Hoffenheim pada 2015/2016. Dalam perlawanan menentang Arsenal, penyerang dari Brazil itu memanfaatkan dua kesilapan pertahanan The ...

Man City Kembali Mengejar Pendahulu Liga, Liverpool

Image
MANCHESTER City bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut untuk menewaskan Southampton 3-1 sebentar tadi sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool kepada tujuh mata sebelum kedua-dua pasukan bertembung Khamis ini. Skuad juara bertahan kendalian Pep Guardiola perlu kembali mendapatkan rentak selepas tumbang di tangan Crystal Palace dan Leicester, dan kebangkitan di St Mary dicetus oleh jaringan David Silva, Sergio Aguero serta jaringan sendiri James Ward-Prowse. Charlie Austin sepatutnya mampu meletakkan Southampton di depan tetapi terlepas kawalan bola dan City sebaliknya mendahului permainan pada minit ke-10 selepas David Silva memanfaatkan hantaran Bernado Silva. Pierre-Emille Hojbjerg kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-37 tetapi City kembali di depan selepas bola sepakan Raheem Sterling terkena Ward-Prowse pada minit ke-45. Aguero menambah jaringan tiga minit kemudian sebelum permainan berhenti rehat. Kekalahan berkenaan mele...

Jaringan Tunggal Kante Melegakan Chelsea

Image
CHELSEA terus berada di landasan terbaik untuk memburu tempat dalam kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris apabila menang 1-0 ke atas seteru London, Crystal Palace di tempat lawan sebentar tadi, hasil jaringan N’Golo Kante di awal babak kedua. Chelsea terpaksa bekerja keras untuk menembusi benteng Palace yang dalam tiga perlawanan terakhir mereka mengumpul tujuh mata, termasuk kemenangan mengejut ke atas juara bertahan Manchester City. Selepas 35 minit pertama yang hambar, Willian menggegar tiang dengan sepakan percuma dan Ross Barkley turut menyaksikan percubaan akrobatiknya gagal menemui sasaran. Kante bagaimanapun memecah kebuntuan pada minit ke-51 apabila meluru ke dalam kotak penalti Palace dan David Luiz pantas mengumpan bola kepada juara Piala Dunia bersama Perancis itu untuk meledak gol dari jarak dekat. Pilihan Penulis ■ 'Kami Adalah Koulibaly' ■ Perpindahan Christian Pulisic Ke Pasukan Liga Perdana ‘Bocor’ ■ Kami Tidak Sabar Jumpa City - Roberts...

‘Adinda’ Ultras Perlis Kecewa ‘Kekanda’ Presiden PFA ‘Curi’ Logo Orang

Image
LOGO baru Perlis Northern Lions yang diumumkan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) baru-baru ini menerima kecaman segelintir penyokong Singa Utara selepas tersebarnya pendedahan gambar singa pada logo itu sebenarnya diciplak daripada logo lain. Kelab penyokong Ultras Perlis – Brigate Gialloblu (BGB Perlis) di laman Facebook meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan logo berkenaan selain turut memberi penjelasan mengapa logo itu tidak patut wujud. Selain faktor tiada originaliti pada logo tersebut, BGB Perlis beranggapan PFA membuat kesalahan besar dalam pemilihan warna apabila menyingkirkan warna kuning biru serta elemen lingkaran padi pada logo lama. “Ke Hadapan Datuk Presiden PERLIS NORTHERN LION yang disayangi…Maafkan saya sekadar meluahkan pendapat dan rasa sedikit terkilan mengenai pemilihan serta warna pada logo Perlis Northern Lion . “Pertamanya, template Singa yang digunakan langsung tiada originaliti dan kreativiti kerana dirembat secara yahudi daripada laman Google dan h...

Durakovic Giat Persiap The Bos Gaurus Menjelang Aksi Bertemu Johor Darul Ta’zim

Image
SKUAD The Bos Gaurus sudah memulakan latihan sebagai persediaan hadapi saingan Piala Sumbangsih menentang penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin pada 2 Februari depan. Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, latihan intensif giat diadakan penyandang juara Piala Malaysia berkenaan walaupun terdapat pemain yang masih bercuti. “Kita sedang mempersiapkan pasukan untuk saingan Piala Sumbangsih berdepan JDT di Larkin. Setakat ini sesi latihan pasukan sudah pun bermula dengan kehadiran beberapa pemain termasuk pemain import musim lalu. “Persiapan kita sudah pun mulakan latihan tapi masih ada pemain yang bercuti,” katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy dan Farah Nadiah Mohammad Khalim di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC), hari ini. Mengenai kemungkinan skuad The Bos Gaurus itu hanya akan menggunakan empat pemain import musim depan, Durakovic menyifatkan perkara berkenaan tidak...

Kelantan Dihukum MFL Gara-Gara Hutang, Bibi Ramjani Kecewa

Image
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan nyata tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya dengan keputusan Malaysia Football League mengetatkan syarat pengambilan pemain import bagi pasukan itu untuk bersaing di Liga Premier musim depan. Semuanya gara-gara hutang lama berjumlah lebih RM500,000 yang masih belum dilangsaikan persatuan itu kepada bekas pemain importnya Dramane Traore dan juga bekas pengarah teknikal, Alfredo Gonzalez. Dengan Kelantan dihimpit pelbagai masalah berkaitan tuntutan tunggakan gaji sejak beberapa musim lalu, MFL nyata tegas dan enggan berkompromi memberi kelonggaran kepada mereka kali ini. Tidak menjelaskan secara terperinci mengenai syarat ketat yang dimaksudkan itu sama ada tidak boleh langsung mengambil import ataupun pengambilan import dihadkan kepada hanya satu atau dua pemain, Bibi Ramjani menganggap keputusan MFL itu sebagai tidak adil. “Kita sedang berusaha keras mendapatkan dana bagi musim baru, sedang membuat persia...

Nak Bayar RM1.00 Pun Tak Apa, Janji Ikut Saluran Yang Betul - Mukhriz Mahathir

Image
PERSATUAN Bolasepak Kedah (KFA) terus melancarkan 'perang' terhadap Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas masih tidak berpuas hati susulan perpindahan pemain berbakat besar, Akhyar Rashid. Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengakui pihaknya tidak 'tamakkan' wang namun menegaskan segala urusan perpindahan pemain perlu dilakukan mengikut prosedur yang sudah ditetapkan. "Nak bayar RM1.00 pun tak apa asalkan pakai saluran dan proses pertukaran yang patuh kepada peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). "Jangan anggap KFA yang miskin ini tiada maruah dan membantah pertukaran anak didikan kami ini kerana wang. "Amalan 'backdoor' sangat tidak sihat untuk sukan bola sepak malaysia," katanya menerusi komen di laman sosial Instagram, hari ini. Terdahulu, 'drama' membabitkan perpindahan pemain muda negara itu terus berpanjangan selepas KFA dilihat tetap enggan melepaskan pemain sayap lincah itu kepada Johor Darul Ta'zim ...

Perak Hanya Letakkan Syarat Biasa Buat Shahrel Fikri

Image
SYARAT yang dikenakan terhadap Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi adalah peraturan biasa dikenakan kepada semua pemain yang menyarung jersi Perak dalam kancah Liga Malaysia 2019. Pengurus Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah, berkata ia berhubung terma yang ditetapkannya bagi semua pemain kendaliannya musim depan, terutama membabitkan soal kontrak. "Terma saya tetapkan itu adalah untuk kesamarataan semua pemain dalam pasukan Perak supaya tidak ada perasaan berbelah-bagi yang tidak bersesuaian antara pemain. "Pemain yang saya jaga ini adalah sama rata dari segi kontrak dan apa jua berkenaan dengan pemain," katanya mengulas kenyataan Shahrel Fikri mengenai punca penangguhannya membuat keputusan menyertai Perak gara-gara syarat dikenakan. "Setakat ini, pasukan kami sudah lengkap, cuma ada satu dua pemain lagi yang kita sedang berbincang, terutama Shahrel. Kami memang berbesar hati ingin menjemputnya bersama pasukan Perak untuk mengharungi saingan musim depan. ...

Hafizul Lupakan Hasrat Beraksi Di Thailand

Image
TEKA-TEKI mengenai kedudukan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bersama juara Piala Malaysia itu bagi musim 2019 berakhir apabila penjaga gol itu mengesahkan akan terus bersama pasukan Perak selama dua musim lagi. "Saya sudah memeterai ikatan sehingga 2020 bersama Perak," kata Hafizul di majlis perkahwinannya di Ipoh, hari ini. Pemain kebangsaan berusia 25 tahun itu menikahi Farah Nadia Mohamad, 24 di Taman Klebang Ria, semalam dan mengadakan resepsi hari ini. Hafizul mengakui bercadang berhijrah menyertai pasukan lain di liga luar negara, namun perkara itu tidak menjadi kenyataan dan membuat keputusan kekal bersama The Bos Gaurus. "Tawaran memang ada dari luar negara tetapi perancangan di pihak pasukan berkenaan (kelab Thailand) tidak menjadi dan saya ambil keputusan kekal bersama Perak," katanya. Bercakap mengenai persediaannya dan pasukan bagi mengharungi saingan musim depan, Hafizul yakin Perak mampu merebut kejuaraan Liga Super dan Piala FA deng...

JDT Bijak Dan Berani Tanggung Risiko Demi Akhyar

Image
B. Sathianathan menganggap klausa pelepasan bernilai RM12 juta yang ditetapkan penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Akhyar Rashid sebagai satu tindakan bijak. Kata Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) yang juga pengendali Selangor itu, tindakan berkenaan tidak mengejutkan kerana pasukan atau kelab bola sepak di seluruh dunia juga mengguna pakai cara sama untuk melindungi pemain yang dirasakan mampu memberi impak besar pada masa jangka masa panjang, malah beliau juga pernah melakukan perkara sama ketika menjadi ketua jurulatih Felda United sebelum ini. “Itulah yang sepatutnya dilakukan pasukan atau kelab bola sepak seluruh dunia. Ikat kontrak panjang dan tetapkan klausa pelepasan kepada pemain yang dirasakan bernilai dan mampu beri impak untuk tempoh yang lama. Kena ingat kontrak bukan hanya tentang soal gaji pemain. “Ketika di Felda, saya pernah melakukan perkara sama yang mana saya mengikat kontrak empat tahun dan meletakkan klausa pel...

Sumareh Terima Ucapan Dari Neymar Jr., Kaka Dan Patrick Cruz

Image
PENAMPILAN pemain naturalisasi asing pertama negara, Mohamadou Sumareh bersama Harimau Malaya ketika kempen Piala AFF Suzuki 2018 baru-baru ini mendapat perhatian beberapa pemain bintang dunia. Patrick Cruz bersama dua legenda Brazil, Neymar dan Kaka antara pemain yang tampil berkongsi ucapan selamat maju jaya dan selamat tahun baharu kepada pemain Pahang berusia 24 tahun berkenaan. View this post on Instagram Cheers @patrickcruz and thanks to @kaka & @neymarjr for the shout out👌👌 A post shared by Mohamadou Sumareh (@sumareh_jnr26) on Dec 28, 2018 at 3:36am PST “Hey Sumareh, we are here in Brazil… “Just to say hello to you, good luck bro.. “And Happy New Year man,” kata tiga tonggak Samba berkenaan dikongsi Sumareh di Instagramnya. Pilihan Penulis ■ Kad Merah ‘Misteri’ Ancam Penggantungan Sumareh Empat Perlawanan ■ Shukor Adan Tak Kisah Siapa Pun Kapten Melaka United ■ FAM Siasat Isu Dakwaan 8,000 Penonton Tidak Bertiket Masuk ■ Pemain I...