PKNS FC Intai Gabriel Guerra?
BEKAS penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Gabriel Guerra, dikaitkan untuk kembali menyertai PKNS FC bagi memperkuatkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2019. Spekulasi bertiup kencang bahawa pemain dari Argentina itu bakal kembali menabur bakti bersama skuad Semut Merah. Namun, apabila ditanya mengenai spekulasi itu, Rajagobal berkata: “Ia hanya spekulasi. "Saya tidak tahu mengenainya sehingga hari ini siapa pemain itu. Kalau saya dapat sebarang maklumat tentang pemain tersebut, saya akan nilai situasi sama ada pasukan memerlukan khidmatnya." Guerra mula menempah nama di Malaysia sewaktu bersama PKNS empat tahun lalu selepas membantu kelab itu layak ke Liga Super 2017 susulan kejayaan bergelar naib juara Liga Perdana. Sementara itu, Rajagobal mahu meningkatkan keserasian antara pemain selain mendedahkan lebih banyak aksi pemanas badan akan dijalankan dengan memilih Singapura sebagai lawan seterusnya, Khamis ini. ...